Sunday, March 13

Penduduk Jepun terkejut dengan kemusnahan

RIKUZENTAKATA, Jepun - Selepas gempa bumi dan tsunami berlaku di timur laut Jepun yang mengakibatkan lebih 10,000 orang dipercayai terbunuh dan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal pada Jumaat lalu, Jepun kini berusaha untuk memahami situasi bencana alam terburuk itu.

"Adakah ini satu mimpi? Saya rasa macam sedang menonton filem atau melakukan sesuatu. Saya sentiasa mencubit leher sendiri bagi memastikan apa yang disaksikan ini adalah benar belaka," akui Ichiro Sakamoto, 50, yang berasal dari Hitachi di bandar Ibaraki.

Sendai yang merupakan bandar menempatkan seramai satu juta penduduk pula menunjukkan pemandangan sejumlah orang awam yang terselamat dan anggota-anggota pasukan penyelamat mengutip sampah sarap yang bercampur kayu dan batu daripada bangunan-bangunan dan kediaman.

Mereka juga menemui barang milik orang lain dan mayat-mayat.

Orang ramai yang pabik melakukan persediaan apabila mereka sanggup berbarisa dalam kereta masing-masing untuk mengisi minyak bagi sekurang-kurangnya mancapai jarak dua kilometer (km) dan 300 orang memenuhi pasar raya bagi membeli barang keperluan.

"Sebelum ini pernah berlaku tsunami kecil. Kami tidak jangka berlaku bencana alam yang lebih besar seperti minggu lalu. Ia ibarat kejadian hitam selepas saya nampak ramai orang terperangkap dalam kereta dan pasangan berusia dihanyut air," kata seorang penduduk yang terselamat, Michiko Yamada, 75, yang tinggal di sebuah desa di wilayah utara Iwate.

Menurut laporan agensi berita Kyodo, banyak mayat ditemui di bawah runtuhan rumah di kampung Yamada apabila 5,000 kediaman ranap sama sekali dalam insiden gempa bumi dan tsunami itu.

Sebuah pejabat di bandar Otsuchi di sini hanyut dalam insiden itu manakala beberapa pejabat masih berada dalam keadaan baik.

Jumlah kematian sebenar akibat tsunami yang berlaku ekoran gempa bumi kuat pada Jumaat lalu masih belum diketahui sepenuhnya.

Sebanyak 20,820 bangunan didapati musnah akibat gempa bumi itu yang melanda kawasan timur laut Jepun.

Sebuah rumah penjagaan orang tua musnah dihanyutkan ombak tsunami di Ofunanto.

Bandar Minamisanriku yang didiami seramai 17,500 orang musnah teruk dengan menjadi padang jarak padang tekukur. - Kosmo!

No comments:

Post a Comment