"Mangsa dipukau, patuh setiap arahan suspek"
ROMPIN - Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini, sejak Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40 tahun yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 40-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.
"Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk 'menurunkan' ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.
"Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Johari berkata, siasatan awal mendapati tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.
"Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.
"Siasatan turur mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali," katanya.
Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.
Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.
No comments:
Post a Comment