Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin.
"Amin, lima ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?"
Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu."
"Jawapan sebenarnya ialah empat, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.
Amin kemudian berkata, "boleh saya tanya cikgu pulak?"
Cikgu tadi mengangguk setuju.
"Tiga orang wanita makan aiskrim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskrim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskrim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskrim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"
Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!"
"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.
No comments:
Post a Comment