Thursday, March 10

Misteri mahasiswa bogel di depan universiti

SURABAYA - Seorang mahasiswa berbogel di luar Universiti Kristen Petra di Jalan Siwalan Kerto, di sini.


Pada mulanya, gadis itu berjalan dengan memakai baju sahaja dengan kemaluannya didedahkan kepada orang ramai kelmarin.


Menurut seorang penjaja, gadis itu berhenti di sebuah perhentian teksi di utara universiti tersebut.


Ketika dia didekati, gadis tersebut berkelakuan kasar dan dia mula menanggalkan baju dan coli yang dipakainya.


Pengawal keselamatan universiti itu kemudian mendekatinya dan membawa gadis tersebut ke dalam kawasan kampus manakala tubuhnya ditutup dengan sehelai kain.


Seorang pegawai perhubungan awam di universiti tersebut, Puspita Sari mengaku bahawa gadis yang berbogel itu merupakan mahasiswinya.


Bagaimanapun, dia menafikan gadis itu berbogel kerana beban kerja akademik.


Menurutnya, punca mahasiswi itu berbogel masih lagi dalam siasatan pihak universiti.


Sebelum ini dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beredar menerusi telefon bimbit Blackberry, gadis itu merupakan mahasiswi universiti tersebut yang mengalami tekanan.


Menurut makluman dalam SMS itu, dia tidak sanggup dengan beban tugas yang diterimanya di universiti.


Gadis itu juga dikatakan mengalami masalah dengan kekasihnya selepas dia melihatnya bermesra dengan seorang lagi mahasiswi lain di universiti sama. - Kosmo!  

No comments:

Post a Comment