Maka tersebutlah kisah dua ekor hantu bertemu di sebuah kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Panjang lebar dua ekor hantu ini berborak sejarah hidup masing-masing. Sepanjang berborak, Hantu A melihat Hantu B asyik menggigil tanpa henti. Hantu A yang merasa hairan lantas bertanya:
Hantu A : Kenapa kau asyik menggigil?
Hantu B : Oh..... cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais...sejuk beku!
Hantu A : Oh... kesian kau...aku pula dulu mati sebab serangan jantung!
Hantu B : Ishh! Ishhh! Kenapa engkau tak buat pembedahan by pass? Kalau tak mesti kau tengah lepak dengan bini kau sekarang!
Hantu A : Aku dah buat dah. Tapi tak jadi pun. Ceritanya panjang....
Hantu B : Ceritalah sikit!
Hantu A : Macam ni, aku syak bini aku main kayu tiga. Jadi aku ingat nak perangkap bini aku tu. Aku pura-pura pergi kerja, padahal aku letak kereta di hujung simpang. Seperti aku jangka, ada sebuah kereta parkir masuk garaj aku. Ada seorang lelaki tak dikenali selamba masuk dalam rumah aku. Aku tunggu masa.... nak cekup!
Hantu B : Kau dapat cekup si jantan tu?
Hantu A : Tak. Hairan betul. Aku jumpa bini aku dalam bilik. Si jantan ghaib.
Habis satu rumah aku cari tapi tak jumpa. Aku cari dalam bilik, di dapur, tak jumpa pun. Sebab penat sangat cari, aku pengsan kena serangan jantung. Tak disangka-sangka pula kau mati!
Hantu B terdiam mendengar cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B bekata: Kenapa kau tak cari dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, kita berdua tentu hidup lagi!!!!
No comments:
Post a Comment