Kes 1
Di Miri, Sarawak seorang isteri dilaporkan mati akibat dipijak di sebuah rumah kongsi dekat Nyalau, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu pada November tahun lalu.
Dalam kejadian tersebut, polis mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan berasal dari Dalat, Mukah bertindak memukul, menendang, selain memijak perut mangsa tanpa menggunakan sebarang senjata lain.
Dalam kejadian tersebut, lelaki itu dikatakan membelasah isterinya dengan memijak mangsa sehingga meninggal dunia di tempat kejadian akibat cemburu.
Terdahulu, suspek dikatakan minum bersama empat rakannya di sebuah gerai berdekatan kediaman kongsi mereka sebelum rakan-rakannya itu pulang dan dia tinggal bersendirian.
Namun, sebaik sahaja suspek kembali ke rumah mereka, dia mendapati empat rakan lelakinya itu pula sedang minum bersama isterinya.
Cemburu melihat perlakuan yang isterinya minum bersama rakan-rakan, mangsa dibelasah sehingga pengsan di hadapan anak tunggal mereka yang berusia tiga tahun serta rakan-rakannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Kes 2
Seorang juruteknik di Ipoh, Perak parah kerana ditetak dengan menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya sendiri yang dipercayai akibat cemburu buta.
Kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai mangsa selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kiea setahun lalu.
Pada ketika itu, mangsa dikatakan cuba ditetak di lehernya tetapi berjaya dihalang menggunakan tangan kiri menyebabkan otot tangannya itu putus hingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan selain menerima 15 jahitan.
Malah ketika kejadian, isterinya bertindak mengurung suaminya bagi mengelak untuk mendapatkan rawatan serta bantuan polis.
Tidak cukup dengan itu, suami berusia 30 tahun itu didakwa turut menerima ugutan bunuh daripada isterinya yang berusia 24 tahun ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pada keesokan harinya.
Kes 3
Seorang jururawat, Hashimah Nong, 41, cedera parah apabila kemaluannya dirodok oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 40-an dalam satu kejadian di Melaka.
Menurut isterinya, suaminya mendengar bisikan suara jin yang memberitahu kononnya dia telah berzina dengan orang lain.
Tindakan suami Hashimah itu dianggap luar biasa malah ada pihak yang mempertikaikan kewarasan lelaki yang disifatkan pendiam dan perahsia itu.
Kes 4
Disember lalu, seorang gadis ditikan bertubi-tubi di beberapa bahagian tubuh termasuk kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki selain melecur hampir 70 peratus akibat disimbah cuka getah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan seorang suspek berusia 42 tahun yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak selain perasaan cemburu.
No comments:
Post a Comment