Monday, March 14

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Laki Bini Curang

Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana... yang juga merupakan isteri orang...


Ana: "Abang Mie... jom la datang rumah, saya rindu la. Lagipun suami saya pergi keluar negara tadi"...


Helmi: "Baiklah, malam esok abang pergi tau. Nanti pandai-pandai la abang tipu isteri abang tu"....


Ana: "Oh ya... sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu ye. Abang tahu kan saya suka lelaki yang baby-face"....


Helmi: "Alamak! Yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai ni, nanti dia nampak dia marah pulak"....


Ana: "Alaaaa.... abang ni nak jumpa saya ke tak ni?"....


Helmi: "Oklah... oklah. Awak punya pasal apa saja saya sanggup".....


Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar rumah untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting.... dan di pejabatnya, Helmi telah mencukur misainya sampai licin...




Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya, isterinya sudah tidur...dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur.... tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan...dan berkata....


"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil...sekejap lagi suami saya akan pulang....!!

No comments:

Post a Comment