Thursday, March 24

Lady Gaga desak golongan muda Malaysia protes

LADY GAGA

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mendesak anak-anak muda di Malaysia untuk melakukan protes selepas langkah kerajaan Malaysia menapis lirik lagunya yang menggalakkan penerimaan golongan gay oleh masyarakat.

Agensi berita Associated Press (AP) pada minggu lalu melaporkan, semua stesen radio di Malaysia memainkan lagu versi nyanyian penyanyi tersebut, Born This Way yang telah disunting kerana ia mempromosikan golongan gay dan lesbian.

Lady Gaga membuat kritikan tersebut ketika melaway ibu pejabat Google di Mountain View, California pada Selasa lalu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah semua anak muda di Malaysia, yang mahukan semua perkataan itu (lirik yang sudah disunting) dimainkan di radio, itu adalah tugas anda dan ia adalah kewajipan anda sebagai golongan muda untuk memastika suara anda didengari.

"Kamu mesti melakukan apa sahaja yang kamu boleh untuk membebaskan diri daripada kongkongan masyarakat. Kamu mesti membuat desakan, kamu mesti tidak boleh berhenti tetapi kamu perlu membuat protes secara aman," kata bintang pop itu dalam wawancara yang dapat dilihat menerusi YouTube.

Beberapa pihak pengurusan stesen penyiaran di Malaysia menyatakan mereka perlu berhati-hati dengan lagu-lagu Lady Gaga kerana kerajaan Malaysia mengharamkan sebarang kandungan yang bersifat melampau.

Jika didapati bersalah, stesen radio boleh didenda maksimum RM50,000 dan penalti lain jika melanggar undang-undang.


No comments:

Post a Comment