Thursday, March 17

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Burung Lelaki Tua

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung, Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini diperjumpaan mingguan di kampungnya.


Lelaki tua: "Siapa di sini yang ada burung?" Seluruh penduduk lelaki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah, "Bukan itu maksud saya". Lalu diajukan soalan yang lain. "Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"


Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi dia cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri.


Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, lalu segera dia berkata lagi, "Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung saya?"



Lalu isteri lelaki itu pun berdiri......         

No comments:

Post a Comment