Thursday, February 17

bunga vs mandi bunga

mandi bunga adalah amalan yang masyhur dalam kalangan masyarakat tempatan. mandi bunga dilakukan kerana dua sebab iaitu pertama, semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. yang kedua pula bagi tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.

mandi bunga memang menjadi ritual orang Melayu yang ada unsur-unsur kepercayaan dinamisme, Hindu-Buddha dan 'Popular Islam'.

dinanisme merupakan kepercayaan adanya 'tenaga tak berperibadi' dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis , dalam tanda-tanda yang dirakam dan sebagainya.

dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam pelbagai ritual yang dijalankan. limau berfungsi untuk mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat bujur melambangkan dunia sebagai 'chakra' di sebuah makrokosmos jika dilihat di dalam falsafah occultisme Hindu.

bagi unsur-unsur Islam pula (popular Islam yang diketahui), bukan Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah yang sahih akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan dalam lafaz bismillah dan diakhiri dengan hamdalah serta syahadah. orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh mengahad kiblat dan mandi ketika azan bergema. semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada 'ikhtiar dan tawakkal'.

unsur 'popular Islam' juga makin ketara apabila ada teori yang mengatakan 'bau' dapat difahami. terdapat segelintir umat Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhluk halus, khususnya jin dan roh ialah asap dan bau tertentu. oleh yang demikian, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhluk halus yang akan lebih mudah tertarik dengan makanannya.

sebaliknya, makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan bau yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. maka kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya pula akan lari. oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga dapat menjauhkan makhluk jahat tertentu dan menjemput pula makhluk baik yang lain (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh Puteri Gunung Ledang dll. sebagai khadam atau pendamping... wallahuwaalam)




tapi pada zaman sekarang ni, lain pula ceritanya.... mandi bunga dikatakan mempunyai banyak manfaat kerana ianya digunakan sebagai rawatan alternatif bukan sahaja dalam kecantikan malah perubatan tradisional ...

gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan beberapa biji limau nipis yang disatukan ke dalam air mutlak mengikut tatacara petua orang tua-tua dahulu yang arif serta diiringi dengan doa yang khusus mampu menjadi satu ikhtiar bagi mengubati penyakit disebabkan oleh gangguan jin dan sihir. untuk merawat seseorang yang terkena gangguan sihir atau jin, pesakit akan dirawat dengan dua kaedah yang dijalankan serentak di dalam satu tindakan.

kaedah yang pertama ialah pengosongan dan kaedah yang kedua pula ialah pemulihan. menurut kajian, terdapat dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu pertamanya dengan menyingkirkan jin yang mengganggu (pengosongan) dan merawat tubuh yang diganggu berkenaan (pemulihan). maka dengan itulah penggunaan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu ikhtiar.

nak lagi?
malas dah....

No comments:

Post a Comment