Wednesday, February 23

Pandu kereta guna minda

BERLIN - Sekumpulan saintis Jerman mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu dengan hanya menggunakan minda, lapor sebuah akhbar semalam.


Pemandu kereta itu perlu memakai fon kepala yang dilengkapi sensor dan dihubungkan pada sistem elektronik kenderaan itu melalui teknologi wayarles.


Dia hanya perlu berfikir untuk ke kanan atau ke kiri atau bergerak dengan lebih laju supaya kereta tersebut bertindak balas mengikut pemikirannya.


Kereta yang diuji oleh sekumpulan saintis itu adalah daripada jenama Volkswagen.


Ia menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Pemanduan Minda.


Kereta itu dilengkapi dengan menggunakan beberapa kamera video, radar dan sensor laser untuk memberikan gambaran tiga dimensi (3D) mengenai persekitaran di sekeliling jalan.


Projek tersebut dihasilkan oleh pasukan AutoNOMOS, yang merupakan Kumpulan Kecerdasan Buatan dari Universiti Freie di Berlin.


"Aplikasi Pemanduan Minda hanya satu demonstrasi dan ia belum boleh digunakan di jalan raya tetapi dalam jangka masa panjang teknologi itu memiliki potensi besar dalam pemanduan automatik," kata beberapa saintis itu.


Aksi ujian kereta itu boleh dilihat di laman You Tube. - Kosmo!

No comments:

Post a Comment