Thursday, February 17

Letupan kuat di matahari

WASHINGTON - Letupan solar paling kuat dalam tempoh empat tahun berlaku di matahari yang dipercayai berupaya merosakkan sistem grid elektrik dan komunikasi di bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Dikenali sebagai nyalaan kelas-X, letupan di Hemisfera Selatan matahari itu dikesan pada Selasa lepas oleh Balai Cerap Solar Dinamik milik pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).

Letupan berskala 100 bom hidrogen itu turut menghamburkan awam partikel ke angkasa lepas selaju 900 kilometer sesaat.

Satu persidangan grid elektrik sedunia pada tahun lalu dimaklumkan tentang letupan solar dahsyat yang akan memutuskan bekalan elektrik dan merosakkan sistem telekomunikasi di seluruh dunia.

Bencana tersebut diramal berlaku pada 2013. - Agensi - Kosmo! -

daa~ prada

No comments:

Post a Comment