JAKARTA - Batang pokok dekat bahagian akar yang sudah dipotong kerana tumbang akibat ribut tiba-tiba berdiri semula di Kampung Candisari, Hargosari, Kecamatan Tanjungsari, Gunungkidul di Jawa Tengah, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.
Pokok yang berusia ratusan tahun itu tumbang pada Selasa lalu dan menimpa bahagian depan Masjid An Nashr.
Kelmarin, beberapa orang di kampung tersebut memotong batang pokok yang tumbang itu kerana ia menghalang laluan jalan.
Setelah batang pokok itu yang tumbang dipotong-potong termasuk dekat dengan bahagian akar tunjang, mereka berehat seketika pada waktu tengah hari.
Namun, penduduk yang memotong batang pokok itu terkejut selepas kembali untuk menyelesaikan beberapa kerja lagi kerana mereka melihat batang pokok yang sudah dipotong di bahagian akar kembali tegak berdiri.
Menurut ketua kampung itu, Jumeno, sebelum tumbang, pokok itu setinggi 16 meter.
Setelah tumbang, bahagian dekat akar yang kembali berdiri itu setinggi empat meter.
"Kini, akar pokok itu kembali bersatu dan tegak seperti tidak pernah tumbang," kata Jumeno.
Menurut seorang penduduk, Nuryadi, dia mendengar bunyi aneh sebelum bahagian yang tumbang itu kembali berdiri tegak.
Ekoran kejadian tersebut, Jumeno dan penduduk kampung sepakat tidak memotong pokok yang kembali tegak itu. - Agensi - Kosmo!
No comments:
Post a Comment