Monday, February 28

Sanggup tinggal di hotel kerana hantu

FRODSHAM, Britain - Sepasang suami isteri membelanjakan wang simpanan sebanyak RM14,856 untuk menginap di hotel kerana tidak sanggup lagi tinggal di flat mereka yang berhantu.


Pemuzik, Jean Marc Mariole, 64, dan isterinya yang berusia 53 tahun, Charlotte membuat keputusan untuk berpindah selepas mereka melihat lembaga yang menyeramkan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediaman itu di sini.


Flat tersebut yang disewa oleh mereka terletak hampir dengan tempat berlakunya beberapa kes bunuh diri dan sehingga kini kediaman itu dipercayai masih berhantu.


Pasangan berkenaan berkata, banyak peristiwa menyeramkan telah berlaku yang bermula empat minggu selepas mereka berpindah ke flat itu pada April tahun lalu termasuk bunyi ketukan dan tangisan serta barang-barang seperti tilam tiba-tiba terapung di udara. 


"Pada suatu hari, pintu bilik mandi saya tertutup dengan sendiri sedangkan ketika tiada angin yang bertiup," kata Charlotte. 


Kes pasangan itu menyerupai filem seram Hollywood, Paranormal Activity yang ditayangkan di layar perak baru-baru ini. - Kosmo!

No comments:

Post a Comment