Wednesday, February 16

bangkai paus besar terdampar di Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah...

ni satu lagi kisah pelik yang aku suka... hari tu gempar bila seorang budak terjumpa bangkai sekor ikan paus dipercayai daripada spesis Bryde seberat 4,000 kg!!!!! mak aihhh..... ikan paus tu budak tu jumpa terdampar di kawasan pantai Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat Kedah sana.....

wowww,amazing kan???? pantai kita pon dah ader ikan paus.... jarang kita boleh nampak ikan paus ni, kurang-kurang pon kita tengok kat tv jew kan... tapi ni yang real punyer (walaupun ikan tu dah mati)..... kesian ikan tu.... kenapa dia mati ek??? 

ikan paus tu sepanjang kira-kira 12 meter... menurut laporan daripada orang yang mahirlah, berdasarkan keadaan fizikal ikan tu yang dah mula reput dan berbau busuk, itu menunjukkan ikan paus tu dah mati lebih tiga hari bermula hari yang budak tu jumpa...

menurut Jabatan Perikanan Negeri, bangkai ikan paus tu daripada spesis Bryde yang tergolong dalam spesis haiwan marin terancam di negara ini!!! (OMG)... pihak jabatan berkenaan pun dah amek sampel darah ikan paus tu untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) yang terletak di Rantau Abang, Terengganu....

fuhhh.....

kesian ikan paus tu.... tapi kan saya dengar juga yang ikan paus tu mati sebab mungkin dia tertelan sampah-sarap yang manusia kita ni buang dekat pantai....alahaiiii.... asal lah korang ni? suka sangat buang sampah merata-rata tempat, tengok sekarang ni sape yang merana? ikan paus jugak...... bukan takat ikan paus je lah, banyak lagi spesis marin lain yang hidup kat dalam pantai tu..... pantai tu salah satu contoh je lah, mana yang dekat sungainya, longkang lagi.....haishhh habis dunia kita nihh..... (tak suke betul lah)

orang yang pro tentang bidang ni cakap ikan paus tu mati sebab tertelan botol2 plastik atau sisa-sisa pepejal yang manusia ni suka sangat buang dekat pantai... kalau macam ni lah tak lama lah hayat hidupan marin kita.... penyu kita pun susah nanti....

korang mesti nak tengok gambar bangkai ikan paus tu kan.....

(gambar ni aku pinjam orang punyer...)

meh sini aku cerita sikit pasal ikan paus spesis Bryde ni... korang mesti nak dengar kan...

sebenarnye, ikan paus spesis Bryde ni tergolong sebagai haiwan terancam dan dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Perikanan 1999 dalam pindaan 2008... ikan paus ni sebenarnya ada dekat perairan sekitar Malaysia ni... di Sabah sekitar Desember 2010 satu spesis Bryde sepanjang 24 meter yang mengalami luka dan mati semasa cubaan menyelamatkannya telah ditemui di Pulau Gaya... manakala di Tok Bali, Pasir Puteh paus seberat 2 tan dari spesis Rhino-Typicus sepanjang 7 meter telah ditangkap di kawasan Kuala Besar, Kota Bharu...

kalau korang tak percaya lagi, korang boleh tengok rangka dari spesis Bryde ni yang diawet oleh pihak muzium Alam Semulajadi ... rangka Bryde ni sepanjang 12.2 meter dan ditemui pada Februari 2005, di Tanjung Aru dekat Sabah...

gila lah....

daa~
prada


2 comments: