BRISBANE - Seorang jururawat wanita yang muda dari Ireland dihukum penjara selama dua setengah tahun kerana kesalahan merogol seorang wanita di tandas sebuah hotel bandar Brisbane lebih dua tahun yang lalu.
Hakim Mahkamah Daerah Brisbane, David Reid ketika menjatuhkan keputusan pada Jumaat lalu berkata, sikap angkuh dan pengambilan alkohol yang berlebihan telah menyebabkan jururawat wanita itu, Anne Marie O'Loughlin bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga merogol seorang ibu dua orang anak yang berusia 32 tahun itu.
Semasa kejadian, O'Loughlin, 25, sedang bercuti di Australia.
Menurut hakim Reid, O'Loughlin akan dihantar pulang selepas dia menjalani hukuman penjara.
Wanita itu kelihatan menangis semasa berada di mahkamah.
Juri diberitahu bahawa O'Loughlin mula-mula mencium mangsa rogol tersebut.
Si mangsa itu kemudian menciumnya semula sebagai usaha untuk melepaskan diri daripadanya.
Kemudian si mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan seorang pengguna tandas yang mendengar jeritannya memberitahu dia akan datang semula dengan seorang pengawal.
Jururawat itu kemudian bergegas meninggalkan tandas tersebut tetapi dia terlupa mengambil dompetnya sekali gus menyebabkan identitinya terbongkar.
Peguam Damien Walsh menyatakan O'Loughlin akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. -Kosmo!
No comments:
Post a Comment