CHEDDAR GORGE, Somerset - Penduduk awal Britain merupakan masyarakat kanibal yang minum daripada cawan tengkorak diperbuat daripada kepala musuh-musuh mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Rumusan tersebut dibuat berdasarkan beberapa cawan tengkorak berusia sekitar 14,700 tahun dahulu yang ditemui di dalam sebuah gua di sini.
Artifak tersebut dipercayai cawan tengkorak tertua pernah ditemui setakat ini.
Penemuan itu dibuat 20 tahun lalu di Cheddar Gorge tetapi saintis-saintis hanya dapat mengenal pasti penggunaan tengkorak tersebut baru-baru ini dengan menggunakan teknologi mikroskop.
Pakar-pakar Muzium Sejarah Alamiah dan Kolej Universiti London menyatakan daging akan dibuang daripada kepala manusia manakala tengkorak dibentuk menjadi cawan dengan menggunakan pisau serta tukul. - Agensi - Kosmo!
No comments:
Post a Comment