SAO PAULO, 24 Feb - Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor buaya berukuran 1.5 meter panjang berada di belakang sofanya selepas banjir yang melanda rumahnya di sini, surut Isnin lalu.
Pegawai bomba di Parauapebas, utara Sao Paulo, Luiz Claudio Farias berkata, wanita tersebut hanya menyedari buaya itu selepas anak lelakinya berusia tiga tahun dilihat membelai-belai sesuatu di belakang sofa.
Jelas beliau, dia terus menarik anaknya dan menghubungi polis sejurus melihat buaya berkenaan berada di ruang tamu rumahnya.
Farias berkata, ibu itu dan anaknya bernasib baik kerana buaya tersebut tidak lapar, jika tidak ia boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian sekiranya buaya itu bertindak menyerang mangsa. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment