Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja serta berkata....
"Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pergi check dekat doktor."
Si suami yang teramat gembira itu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata...
"Ini rumah En. Mahpus ke?"
"Ya, saya isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai TNB tu pun berkata...
"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dak tak boleh tunggu ni, nanti bos saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri pun membalas balik cakap pegawai TNB itu....
" Apa???? Macam mana pulak encik tau yang saya ni sebulan lewat?"
Pegawai TNB itu pun dengan selamba menjawab...
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online."
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"Apaaaa???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tauuu???
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan...
"Rilek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan!"
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata....
"Nanti saya bincang dengan suami saya..."
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ....
Keesokannya harinya, selepas si Mahpus ni diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata..
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh kat dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ker???? Bisness apa korang buat ni??? Nak kena saman ker????
Lalu pegawai TNB yang datang ke rumah si Mahpus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
"Sabar encik, sabar encik. Apa susah, kalau encik nak settlekan perkara ni, bayar je...
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang.
"APAAA????? Nak bayar korang???? Belahhh lahhh....."
Lalu pegawai TNB tu cakap....
"Kalau macam tu kita terpaksa potong encik punya....."
Si Mahpus mencelah..
"Apa???? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?????"
Pegawai TNB tu pun cakap lagi.....
"Nampak gayanya, isteri encik kena pakai lilin aje laaaaaaaa"
Laki bini yang buduh!!!
No comments:
Post a Comment