AUSTIN, Amerika Syarikat (AS) - Gitar terbaru yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi tidak mempunyai enam tali.
Ciptaan baru yang direka oleh sebuah firma inovasi, Fauvelkhan yang dikendalikan oleh dua graduan jurutera dari Universiti Metropolitan Swansea, Luke Khan dan Warren Fauvel itu merupakan sehelai baju-T yang boleh memainkan muzik.
Baju-T itu menggunakan simbol kod bar dan petikan tanpa tali. Kod bar pada baju tersebut akan dirakam secara langsung menerusi teknologi kamera web pada sebuah komputer.
Satu perisian pada komputer dapat membaca kod tersebut sekaligus mengeluarkan bunyi.
Pada minggu ini, ciptaan unik itu disenarai pendek untuk memenangi anugerah berprestij kategori teknologi muzik di Festival Muzik Amerika di sini.
No comments:
Post a Comment