Tuesday, March 8

Kura-kura dan anak cicak berkepala dua

BENTUK belakang seekor kura-kura yang mempunyai dua kepala yang dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.


ZILINA, Slovakia - Seekor kura-kura kecil daripada spesis Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam. 


Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan.


Manakala, di Jakarta pula seekor anak cicak yang mempunyai dua kepala ditemui di rumah seorang penduduk di Desa Kajongan, Tuban.


Penduduk yang menemui anak cicak itu, Nafsiah, 52, mengambil haiwan itu dan menunjukkan ia kepada anggota-anggota keluarga dan jirannya.


Menurut wanita itu, anak cicak tersebut masih kecil dan haiwan itu disimpan di dalam sebuah bekas selain diberikan makan nyamuk.


Rumah nafsiah menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat haiwan aneh itu.


Menurut seorang penduduk kampung di Kecamatan Rengel, Fajar: "Setelah saya lihat dan pegang, cicak itu memang aneh. Tubuh haiwan itu hanya satu, ia mempunyai empat kaki."


Nafsiah berkata, dia tidak akan menjual cicak itu sebaliknya akan menjaga haiwan tersebut sehingga ia membesar. - Kosmo!

No comments:

Post a Comment