Monday, March 14

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Cerita Malunya Aku



Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat yang besar di KL... Pada suatu hari tu, bos ni memanggil dia punya secretary masuk ke pejabatnya.... Seperti biasa secretarynya pun masuklah.... "Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client"... Si bos ni pun mula bercakap dia punya mukaddimah.... Biasala bos, malas nak tulis... Cakap punya cakap.... Si bos ni pun bangun dan berjalan-jalan pusing keliling meja sambil tangan masuk ke dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun tamat.... Si secretary pun mula bersuara....


Secretary: Bos, pagi tadikan, masa saya nak datang ke pejabat saya nampak pintu garage bos terbuka....


Bos: (Dalam keadaan kelam-kabut)... Ye ke? Tak apa, nanti saya call rumah, terima kasih...


Si secretary pun keluar dari pejabat bosnya dan ke meja dia... Dan si bos pun call rumah dia dan bertanya kepada isterinya...


Bos: Yang, tolong tengokkan garage rumah kita, pintu dia terbuka la....


Isteri: Tak la bang, baru tadi saya tengok, mana ada terbuka...


Bos: Pergi la tengok, kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak???


Isteri: Okayla, okayla....


Selepas setengah jam kemudian, masa bos ni tengah relaks-relaks baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka.... (Dah memang perangai dia tak suka pakai underware)... Maka nampaklah.... Menggelabahla si bos ni memikirkan macam mana nak cover malu dekat secretary dia tu.... Dan petang sampai juga....


Bos: Errrr... tadi pagi masa you nampak garage i terbuka ada tak you nampak BMW dekat dalam tu???


Secretary: Tak... yang i nampak cuma ada 'Mini Cooper' dengan dua tayar depannya pancit!!!!....


Moral: Jangan berlagak....dan pastikan anda sentiasa berunderware!   

No comments:

Post a Comment