Wednesday, March 30

Ahli geng Mat Ju diberkas

KUALA LUMPUR - Polis memberkas tiga ahli geng Mat Ju yang aktif melakukan 10 kes pecah rumah di Lembah Klang dalam operasi khas, baru-baru ini.


Ketuanya dikenali Mat Ju bagaimanapun meloloskan diri sewaktu serbuan itu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis mengesan semua suspek selepas seorang mangsa membuat laporan pada 22 Mac lalu.


Katanya, mangsa yang juga pengurus teknologi maklumat berusia 32 tahun itu mendapati tingkap rumahnya terbuka, kira-kira jam 7.30 pagi.


Katanya, empat bentuk cincin emas dan wang tunai berjumlah RM4,000 dilarikan suspek.


Susulan itu, kita berjaya mengesan empat suspek termasuk seorang wanita, menaiki sebuah kereta Honda Stream di Lembah Pantai.


Suspek memecut sehingga melanggar tiga kereta di tepi jalan sebelum tiga daripada mereka diberkas di Seksyen 16, Petaling Jaya setelah kenderaan terbabit terbabas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, semalam.


Katanya, pemeriksaan menemui pelbagai senjata antaranya parang, pisau dan alat renjatan elektrik serta alat pecah rumah.


Beliau berkata, turut ditemui wang tunai, dompet, kad kredit dan kad bank dipercayai milik mangsa samun.


"Kereta terbabit dikenal pasti kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Kajang baru-baru ini," katanya.


Wan Abdul Bari berkata, suspek direman mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 akta sama untuk siasatan.

Tuesday, March 29

Perak haramkan tarian poco-poco

"Mufti sifatkan tarian bercirikan agama Kristian, tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam"

IPOH - Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu agama Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

"Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas penyebaran sepucuk surat pekeliling mengenai pengharaman tarian poco-poco dalam Internet baru-baru ini.

Surat bertarikh 28 Februari 2011 itu yang ditandatangani oleh Harussani ditujukan kepada Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking cawangan Perak.

Harussani juga mengesahkan kesahihan surat pekeliling itu memang dikeluarkan oleh Jabatan mufti Perak setelah persatuan tersebut memohon kepastian beliau mengenai hukum mengamalkan tarian poco-poco.

Beliau memberitahu, pewartaan fatwa pengharaman tarian itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Susulan kenyataan:

Pengharaman boleh kelirukan masyarakat

KUALA LUMPUR - Tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu berkuat kuasa baru-baru ini boleh mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengulas pengharaman itu berkata, oleh kerana ia merupakan isu nasional jawatankuasa tersebut sepatutnya merujuk isu tersebut kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan.

"Isu tersebut perlu mendapat kesepakatan ulama untuk memutuskan hukumnya supaya masyarakat tidak keliru.

"Ia juga patut dibincangkan di peringkat kebangsaan supaya keputusannya memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di sini malam tadi.

Sunday, March 27

Biri-biri lahirkan anak anjing

XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban.


ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.


Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China. 


Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.


"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.


Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.


Mengulas mengenai kes itu, seorang sanintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesis berbeza. 


"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya.

Pokok dipenuhi sarang labah-labah

DUA batang pokok dipenuhi dengan sarang labah-labah di wilayah Sindh, Pakistan.


KARACHI, Pakistan - Sejumlah pokok di wilayah Sindh dekat sini dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan.


Walaupun kejadian banjir melanda Pakistan tahun lepas, tetapi terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.


Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat fenomena tersebut berlaku sebelum ini tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk.


Sebahagian besar kawasan bencana yang melanda Pakistan masih lagi belum surut selepas enam bulan hujan lebat melanda negara itu.


Fenomena pokok yang menggerunkan itu pula adalah kesan terbaru akibat banjir besar yang telah menyebabkan 2,000 orang terbunuh.

Fakta Kerosakan Rambut

SESETENGAH wanita sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk memiliki mahkota kepala yang menawan tanpa menyedari teknik dan produk yang digunakan merosakkan rambut. Pada masa yang sama, mereka tidak melepaskan peluang mencuba pelbagai stail rambut mengikut trend semasa yang dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik. Ia termasuklah terpengaruh dengan gaya rambut kelompok selebriti dan barisan model.


Namun, apa yang menyedihkan, tindakan mencuba-cuba itu telah menyebabkan rambut rosak dan kusam. Ia secara tidak langsung menyebabkan wanita menjadi gerun untuk terus bereksperimen dengan teknik yang digemari.


Ini terbukti menerusi kaji selidik yang melibatkan 1,000 orang wanita. Hasil kajian berkenaan mendapati sebanyak 40 peratus wanita terpaksa berhenti mencantikkan rambut disebabkan faktor-faktor seperti berikut :-


Pengering Rambut


PENGGUNAAN pengering rambut antara penyebab utama kerosakan rambut. Haba panas yang disua pada helaian rambut yang basah menyebabkan rambut menjadi kering dan rapuh.


Mengikat Rambut


IKATAN ala ekor kuda merupakan teknik yang paling popular dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Ia mudah untuk dipraktikkan dan membuatkan penampilan tampak kemas dan ranggi. Namun, menyedari ikatan gelung getah yang kuat pada rambut menyebabkan rambut gugur dan lama-kelamaan menjadi rapuh.


Melurus Dan Mengerinting


TAHUKAH anda, produk rambut yang disapu pada rambut sebelum melakukan teknik melurus dan mengerinting akan menjejaskan kesihatan rambut asal. kedua-dua teknik tersebut bukan sahaja menyebabkan rambut rosak, malah hujung rambut turut bercabang serta kering.


Mewarnakan Rambut


TIDAK dinafikan, saban tahun wanita terdedah pada warna-warna rambut menarik dan menawan. Pilihan itu mendorong wanita tegar menukarkan rambut hitam mereka untuk diwarnakan dengan rona merah, ungu atau coklat. Tetapi kekerapan melakukan teknik itu menyebabkan rambut mudah terdedah kepada pewarna yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan rambut menjadi kasar.

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Cerita Dua Ekor Hantu

Maka tersebutlah kisah dua ekor hantu bertemu di sebuah kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Panjang lebar dua ekor hantu ini berborak sejarah hidup masing-masing. Sepanjang berborak, Hantu A melihat Hantu B asyik menggigil tanpa henti. Hantu A yang merasa hairan lantas bertanya:


Hantu A : Kenapa kau asyik menggigil?


Hantu B : Oh..... cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais...sejuk beku!


Hantu A : Oh... kesian kau...aku pula dulu mati sebab serangan jantung!


Hantu B : Ishh! Ishhh! Kenapa engkau tak buat pembedahan by pass? Kalau tak mesti kau tengah lepak dengan bini kau sekarang!


Hantu A : Aku dah buat dah. Tapi tak jadi pun. Ceritanya panjang....


Hantu B : Ceritalah sikit!


Hantu A : Macam ni, aku syak bini aku main kayu tiga. Jadi aku ingat nak perangkap bini aku tu. Aku pura-pura pergi kerja, padahal aku letak kereta di hujung  simpang. Seperti aku jangka, ada sebuah kereta parkir masuk garaj aku. Ada seorang lelaki tak dikenali selamba masuk dalam rumah aku. Aku tunggu masa.... nak cekup!


Hantu B : Kau dapat cekup si jantan tu?


Hantu A : Tak. Hairan betul. Aku jumpa bini aku dalam bilik. Si jantan ghaib.


Habis satu rumah aku cari tapi tak jumpa. Aku cari dalam bilik, di dapur, tak jumpa pun. Sebab penat sangat cari, aku pengsan kena serangan jantung. Tak disangka-sangka pula kau mati!


Hantu B terdiam mendengar cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B bekata: Kenapa kau tak cari dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, kita berdua tentu hidup lagi!!!!

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Cabut Gigi

Seorang doktor gigi hendak mencabut gigi geraham seorang wanita tua. Tiba-tiba wanita itu menggenggam kerandut telur doktor gigi itu dan berkata: "Kalau doktor buat sampai saya rasa sakit, siap!"  


Ketawa Pengubat Segala Duka : : Terlewat Solat Subuh

Apabila Mat terjumpa Zura dia terus memakai ketayap. Mat tahu ayah Zura alim orangnya. Bukan sebarang orang boleh jadi menantunya. Mujurlah Mat pandai berlakon.


Apabila melihat ketayap atas kepala Mat tak pernah lekang, Haji Din setuju nikahkan anaknya dengan si Mat. Sekali lafaz, sahlah akad nikah.


Malam pertama Mat dan Zura lambat tidur. Banyak benda nak dikemas. Akhirnya semua tertidur setelah pukul 2.00 pagi. Esoknya Haji Din dikejutkan seluruh ahli keluarga solat Subuh berjemaah. Mat terlambat bangun. Haji Din suruh Mat solat seorang diri.


Mat pun iqamat dan tunaikan solat Subuh. selesai beri salam, Haji Din tanya Mat: "Hai Mat, kenapa solat Subuh tiga rakaat?"


Lantas Mat menjawab: "Eh, iya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi  ayah."


"Masya-Allah!" Haji Din mengucap panjang.

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Robot Kesan Cakap Bohong

Aziz seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya. Petang itu Aziz berjaya mencipta robot boleh mengesan orang bercakap bohong. Robot itu ada tangan seperti manusia. Sesiapa berbohong terus ditampar robot itu.

Samad sangat gembira dan membawa robot itu ke ruang tamu menunggu anak lelakinya pulang. Tetapi anaknya tak balik-balik. Sehingga ke pagi barulah anaknya pulang.

Aziz : Dari mana tadi tak balik-balik?

Anak : Saya ada pelajaran tambahan ayah! PANG!!!! Anaknya dilempang robot tersebut.

Aziz : Kalau nak tahu, ini robot yang baru ayah cipta. Robot ini akan tampar sesiapa saja yang bercakap bohong. Dalam rumah ni semua orang kena bercakap benar, jujur. Hah! Kenapa kau pulang lewat?

Anak : Saya baru habis menonton movie di rumah kawan, ayah!

Aziz : cerita apa?

Anak : Papadom! PANG!!!! Robot beri penampar lagi.

Aziz : Cakap jujur, cerita apa yang kamu tengok?

Anak : Maaf ayah, saya tertengok cerita blue!

Aziz : Kurang ajar. Berani kamu nak menipu ayah. Mujur ayah cipta robot tu. Kalau tidak mati-mati ayah kena tipu. Kamu nak jadi apa bila besar nanti, hah? Masa ayah besar kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja bodoh macam tu!

PANG!!!! Tiba-tiba Aziz ditampar robotnya sendiri. Suasana hening seketika. Isteri Aziz kemudian masuk ke ruang tamu dan mencelah: Hah, sama saja, anak dengan bapak. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Hah! Ikut perangai mak ni tak pernah tengok benda tak senonoh!

PANG!!! Robot itu menampar muka bini Aziz sebelum sempat habis bercakap.



Ketawa Pengubat Segala Duka : : Pendek Umur

Suatu hari di sebuah hospital....


Doktor : Penyakit encik ni dah kritikal, saya rasa hayat encik dah tak panjang lagi....


Pesakit : Betul ke doktor? Tapi berapa lama lagi?


Doktor : Sepuluh....


Pesakit : Sepuluh? Sepuluh bulan? Sepuluh minggu? atau sepuluh hari?


Doktor : Sepuluh.... sembilan..... lapan.... tujuh... enam....

Ketawa Pengubat Segala Duka : : DNA

Ah San ditahan polis di atas tuduhan membunuh. Beberapa hari sebelum didakwa di mahkamah, peguam Ah San iaitu Gunalan datang bertemunya. Kata Gunalan, "Encik Ah San, saya ada satu berita buruk dan satu berita baik untuk encik Ah San.


"Berita buruk, kita baru sahaja terima ujian kimia dan didapati sampel DNA encik Ah San sama dengan DNA yang terdapat pada baju dan seluar mangsa."


Ah San tepuk dahi. "Alamak, matilah aku. Berita baiknya?"


"Paras gula dalam darah encik Ah San dah turun, dari 15 kepada 5," jawab Gunalan. 

Saturday, March 26

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Burung Kakak Tua Brazil

Seorang suami yang baru pulang dari Brazil membawa pulang burung kakak tua sebagai kenang-kenangan.


"Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?" tanya si isteri. Si suami tersenyum. "Tengok ni," katanya sambil mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya "PAPP!" Secara spontan burung kakak tua itu terus menyanyi lagu pop.


"Tengok ni pulak," kata si suami lantas mengangkat tangan kanan. Burung kakak tua itu menyanyikan pula lagu rock sebaik dia memetik jari. 


Terpegun dengan kecerdikan burung kakak tua itu, si isteri bertanya: "Macam mana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"


Jawab si suami: "Cubalah angkat kalau nak tau."


Si isteri pun mengangkat kedua-dua belah tangannya, lalu terdengarlah burung kakak tua itu berkata: "SATU-SATU LAH.....BODOH!!!!!"

Friday, March 25

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Racun Tikus

Maniamah duduk di sebelah suaminya, Muthu yang sedang sakit tenat. Dia memegang tangan suaminya itu dan meminta maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukannya. Muthu angguk kepala, maafkan Maniamah.

     "Maniamah," kata Muthu perlahan.

"Ya bang," jawab Muthu perlahan.

     "Awak isteri yang baik. Abang rasa bersalah sebab banyak buat salah dengan awak. Jadi sebelum mati, abang nak beritahu awak satu perkara penting," kata Muthu tersekat-sekat.

"Tak payahlah, bang," balas Maniamah, "abang tusakit, berehatlah."

      "Tak... abang nak mati dengan aman. Maniamah, maafkan abang.... abang telah berlaku curang dengan awak. Abang buat hubungan dengan kakak awak, kawan baik awak dan dengan ibu awak juga."

"Saya tau," jawab Maniamah. "Sebab tulah saya masukkan racun tikus dalam makanan abang......"


Apa yang Zierold lihat???

"DOKTOR, anak tuan sedang mendengar perbualan kita. Dia ada di belakang pintu," beritahu Maria Reyes Zierold, seorang wanita keturunan Mexico. Matanya tertutup rapat.


"Oh, yakah?" jawab Dr. Pagenstecher, doktor berbangsa Jerman sambil menulis. Dia tidak merenung pun wajah pesakitnya itu.


"Saya berkata benar. Kalau tak percaya, tuan boleh tengok sendiri," ujar Zierold meyakinkan Dr. Pagenstecher.


Doktor itu terus memeriksa kertas laporan perubatan Zierold yang menghidap insomnia. "Anak doktor sedang berada di balik pintu. Cubalah tengok," pinta Zierold yang masih memejamkan mata.


Walaupun kurang mempercayainya, Dr. Pagenstecher bangun melangkah ke muka pintu. Dia memulas tombol. Benar seperti kata Zierold, anaknya sedang berdiri menekap telinga pada daun pintu, cuba mendengar perbualan mereka!


Hari itu, pada tahun 1919 Dr. Pagenstecher mencatatkan peristiwa berkenaan dalam diarinya. Kebolehan istimewanya Zierold membuatkan Dr. Pagenstecher tertarik untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap wanita tersebut.


Doktor itu meletakkan seutas tali di tapak tangan wanita tersebut, kemudian melakukan hipnosis. Beliau meminta Zierold memejamkan mata, kosongkan mindadan ceritakan apa yang dilihatnya.


"Saya nampak sebuah medan perang, mereka berbalas-balas tembakan. Suasana ketika itu sejuk dan berkabus," terang Zierold dengan mata terpejam sambil jari-jemarinya tidak lepas daripada mengusap tali itu.


"Kemudian ada sebiji bola besar melayang laju di udara," sambung Zierold lagi. "Bola itu jatuh betul-betul di tengah 15 orang tentera yang berada di situ. Tubuh mereka hancur berkecai!," dengan penuh emosi dia menceritakan mengenai apa yang dilihatnya.


Zierold terus memejamkan mata, mengusap-usap tali itu, seterusnya memberitahu; Askar Jerman itu berkata; "Inilah kali pertama saya melihat susana perang."


Selepas dihipnosis, Zierold serahkan tali berkenaan kepada Dr. Pagenstecher. Tali yang masih utuh itu adalah pengikat leher anjing salah seorang daripada askar yang terlibat dalam peperangan yang dilihat oleh Zierold.


Kajian yang dijalankan oleh Dr. Pagenstecher mendapat perhatian Walter Prince, ahli Persatuan Kajian Psikik Amerika Syarikat. Dia tertanya-tanya; Adakah Zierold mendapat petunjuk melalui alam ghaib atau seorang ahli nujum? Benarkah beliau mempunyai kebolehan membaca fikiran orang lain (telepati) atau mampu melihat sesuatu yang telah berlaku (clairvoyant)?


Untuk itu Prince menjalankan satu ujian dengan memasukkan cebisan dua helai sutera yang sama warnanya ke dalam dua buah kotak yang juga serupa saiz dan bentuknya. Zierold diminta memegang salah satu daripada dua kotak tersebut, proses hipnosis dilakukan.


Apa yang berlaku seterusnya?


"Saya lihat ada sebuah gereja di Mexico. Suasananya sungguh meriah seperti sedang berlangsung upacara tertentu. Saya juga nampak beberapa orang pemuda Red Indian sedang rancak menari."


Zierold memegang kotak kedua pula. Dia mengusap-usap kotak itu dan bersuara, "Ramai orang sedang sibuk bekerja. Mereka menghasilkan reben-reben yang berlainan jenis dan cantik. Mereka bertutur dalam bahasa Perancis."


Zierold menyerahkan semula kotak-kotak berisi reben itu kepada Walter. Rupa-rupanya gambaran yang diberikannya bermaksud: Cebisan sutera dalam kotak pertama diambil daripada pentas sebuah gereja di Mexico, manakala yang kedua pula dari sebuah kilang di Perancis.


Benarkah apa yang dikatakan oleh wanita tersebut? Prince mengangguk-anggukkan kepala!!!

Thursday, March 24

Lady Gaga desak golongan muda Malaysia protes

LADY GAGA

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mendesak anak-anak muda di Malaysia untuk melakukan protes selepas langkah kerajaan Malaysia menapis lirik lagunya yang menggalakkan penerimaan golongan gay oleh masyarakat.

Agensi berita Associated Press (AP) pada minggu lalu melaporkan, semua stesen radio di Malaysia memainkan lagu versi nyanyian penyanyi tersebut, Born This Way yang telah disunting kerana ia mempromosikan golongan gay dan lesbian.

Lady Gaga membuat kritikan tersebut ketika melaway ibu pejabat Google di Mountain View, California pada Selasa lalu.

"Apa yang boleh saya katakan adalah semua anak muda di Malaysia, yang mahukan semua perkataan itu (lirik yang sudah disunting) dimainkan di radio, itu adalah tugas anda dan ia adalah kewajipan anda sebagai golongan muda untuk memastika suara anda didengari.

"Kamu mesti melakukan apa sahaja yang kamu boleh untuk membebaskan diri daripada kongkongan masyarakat. Kamu mesti membuat desakan, kamu mesti tidak boleh berhenti tetapi kamu perlu membuat protes secara aman," kata bintang pop itu dalam wawancara yang dapat dilihat menerusi YouTube.

Beberapa pihak pengurusan stesen penyiaran di Malaysia menyatakan mereka perlu berhati-hati dengan lagu-lagu Lady Gaga kerana kerajaan Malaysia mengharamkan sebarang kandungan yang bersifat melampau.

Jika didapati bersalah, stesen radio boleh didenda maksimum RM50,000 dan penalti lain jika melanggar undang-undang.


...: Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas

...: Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas: "Pasukan Media Selangor muncul juara keseluruhan dalam perlawanan persahabatan futsal antara media Selangor dan Syabas di Taman Sukan Lasak S..."
Most annoying video of the year 2010 ....

Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerun sebuah bukit di San Diego, kelmarin.

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggta penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun bukit setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini.

Wanita tersebut yang identitinya tidak diddahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.

Pihak bekuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut.


Budak tiga tahun miliki berat 59.86kg

LU HAO didukung oleh bapanya di wilayah Guangdong, China baru-baru ini.

BEIJING, China - Seorang kanak-kanak, Lu Hao yang berusia tiga tahun memiliki berat sebanyak 59.86 kilogram, lima kali lebih berat daripada kanak-kanak seusia dengannya.

Hao yang dilahirkan normal dengan berat badannya hanya 2.6 kilogram.

Bagaimanapun dia membesar dari semasa ke semasa sehingga mencecah usia tiga bulan sehingga tubuhnya gemuk dan setinggi 107 sentimeter.

Selera makan kanak-kanak yang berasal dari wilayah Guangdong itu cukup tinggi apabila dia boleh menghabiskan tiga mangkuk nasi semasa waktu makan.

Menurut bapanya, Lu Yucheng, tabiat pemakanan Hao lebih besar berbanding dia dan isterinya.

Keluarga Hao dilaporkan cuba untuk memantau amalan diet anaknya sejak dia berusia setahun.

Jelas ibu Hao, Chen Yuan, dia dan suami sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak anaknya yang akan menangis tanpa henti jika tidak diberi makanan.

Keluarganya juga memasang jaring bola keranjang di halaman rumah dan membawa Hao melakukan aktiviti renang di sebuah sungai berhampiran bagi menggalakkan Hao melakukan aktiviti sukan supaya badannya kurus.

Namun, latihan yang dilakukan oleh Hao  hanya membuatkan dia menjadi lebih lapar selain berat badan kanak-kanak itu terus meningkat.

Yucheng telah membawa Hao ke hospital sebanyak tiga kali.

Seorang doktor menyatakan anaknya itu mengalami tumor di kepala manakala dua doktor lain menyatakan dia tidak mempunyai tumor.

Doktor juga mendakwa hormon kanak-kanak itu normal. Cuma, mereka tidak tahu punca Hao menjadi gemuk.

"Harapan terbesar kami adalah untuk melihat Hao kurus suatu hari nanti," jelas ibunya. - Agensi

Wednesday, March 23

Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas

Pasukan Media Selangor muncul juara keseluruhan dalam perlawanan persahabatan futsal antara media Selangor dan Syabas di Taman Sukan Lasak Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 22 Mac - Pasukan Futsal Media Selangor berjaya menewaskan pasukan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Taman Sukan Lasak di sini baru-baru ini.

Perlawanan itu melibatkan tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan campuran.

Dalam perlawanan pertama yang melibatkan kategori lelaki, pasukan Syabas berjaya menewaskan pasukan Media Selangor dengan jaringan 5-2.

Namun, Media Selangor bangkit pada perlawanan kedua apabila pasukan wanitanya berjaya menundukkan pasukan Syabas dengan jaringan 1-0.

Kebangkitan Media Selangor berterusan apabila mereka berjaya menewaskan pasukan campuran Syabas melalui sepakan penalti dengan jaringan 6-5 selepas permainan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kemenangan kedua itu membolehkan pasukan Media Selangor muncul pemenang keseluruhan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som berkata, pihaknya berharap hubungan media dan Syabas akan terus akrab melalui penyertaan sukan yang dianjurkan.

"Untuk itu, kami merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti sihat bersama pihak media," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah.

Bekas pramugara, warga Nepal dituduh menculik

"Tuntut 10 jongkong emas RM 1.44 juta sebagai tebusan"


RUDHRA, Roshan dan Ramesh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.


KLANG - Seorang bekas pramugara dan dua warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menculik seorang pengarah syarikat keselamatan dan menuntut tebusan sebanyak 10 jongkong emas bernilai RM1.44 juta, awal bulan ini.


Tertuduh C Rudhra, 37, yang juga pemilik firma keselamatan dan dua buruh warga Nepal, R Roshan dan T J Ramesh, kedua-dua berusia 29 tahun, dituduh menculik A Kanapathy, 64, di kawasan berhampiran Restoran  Pulau Ketam, Persiaran Raja Muda Musa, di sini, pada jam 9.30 pagi, 7 Mac lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Rudhra yang diwakili peguam K S Rathakrishna, manakala Roshan dan Ramesh Rai tidak diwakili peguam.


Majistret Liew Horng Bin kemudian menetapkan 25 April ini sebagai tarikh sebutansemula kes untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md Tahir manakala hanya Rudhra diwakili oleh peguam K S Rathakrishnan.

Pelajar bersyukur urat tangan disambung

"Insiden mesin tebu tingkat azam belajar"

Nurul Amira, 15, terlantar di katil wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), JB semalam selepas menjalani pembedahan kelmarin untuk menyambung kembali urat tangan kirinya yang terputus.

JOHOR BAHRU - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit, Nurul Amira Murjini, melahirkan penuh kesyukuran apabila doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) berjaya menyambung kembali urat yang putus selepas tangan kirinya tersepit pada mesin tebu ketika membantu perniagaan keluarga minggu lalu.

Nurul Amira, 15, yang trauma mengenang kejadian ngeri itu tetap berdoa untuk kesejahteraan dirinya dan kejayaan doktor itu memberi semangat kepadanya untuk terus menyiapkan diri menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dalam kejadian itu, Nurul Amira bernasib baik kerana tangan kirinya tersepit pada komponen mekanikal pemerah tebu terbabit, bukannya termasuk ke dalam mata mesin berkenaan yang mengisar tebu yang ditolaknya.

Berikutan trauma, Nurul Amira enggan bercerita mengenai kejadian yang dialaminya itu apabila lebih banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai insiden terbabit.

Ibu mangsa, Sulastri Weriojo, 40, berkata keluarga merasa lega melihat perubahan susulan pembedahan kelmarin apabila Nurul Amira yang juga anak bongsu daripada dua beradik itu sudah mampu menggerakkan tangan kirinya.

"Semalam Adik (nama timangan Nurul Amira) sudah selamat dibedah bagi menyambung kembali urat tangan yang terputus akibat insiden itu dan saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti dirancang.

"Kami tahu beliau trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya namun, saya memberi kata semangat supaya tabah menempuh dugaan hidup," katanya kepada Berita Harian yang melawat remaja itu di HSA, semalam.  

Sulastri berkata, keluarganya berterima kasih kepada doktor dan juga jururawat di HSA yang bertungkus-lumus membantu Nurul Amira selepas dipindahkan ke situ dari Hospital Kulai Jaya.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari pada Selasa minggu lalu, tangan kiri Nurul Amira separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada komponen mesin tebu ketika membantu ibunya di gerai keluarga itu di Batu 21, Jalan Kulai, Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, Nurul Amira terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kulaijaya yang dikejarkan ke lokasi terbabit.

Monday, March 21

4 sekeluarga jadi hamba seks bomoh

"Mangsa dipukau, patuh setiap arahan suspek"


ROMPIN - Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini, sejak Januari lalu.


Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40 tahun yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 40-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.


"Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk 'menurunkan' ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.


"Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,' katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Johari berkata, siasatan awal mendapati tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.


"Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.


"Siasatan turur mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali," katanya.


Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.


Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Beza Burung VS Kapal Terbang

Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai.


Dara: Abang sayang tak saya?   


Teruna: Tentulah sayang.... kenapa tanya?


Dara: Saje....abang, saya ada satu teka teki.


Teruna: Apa dia?


Dara: Kalau abang sayang saya, kena jawab dengan betul....


Teruna: Abang cubalah.


Dara: Kalau abang pandai, sebutkan perbezaan antara burung dengan kapal terbang?


Teruna: Senang je.... burung adalah benda hidup sedangkan kapal terbang tidak.... betul tak?


Dara: Salah.... cuba lagi.


Teruna: Burung kecil dan kapal terbang besar....


Dara: Saalaaahhhhh.... cuba lagi. Ini peluang terakhir tau.


Teruna: Burung ringan, kapal terbang berat....


Dara: Hahahahahaha....semuanya salah.


Teruna: Apa ni.... semua salah. Apa jawapannya?


Dara: Dengar betu-betul ye.... KAPAL TERBANG bila naik, makin lama makin kecil..... BURUNG pulak makin naik makin BEESAAARRRRR.... heheheheheh


Teruna: ???????



Ketawa Pengubat Segala Duka : : Jangan Tengok Perempuan Tak Pakai Baju

Budak lelaki 1: Kenapa awak takut bila tengok gambar perempuan tak pakai baju? Best ape....


Budak lelaki 2: Sebab mak saya cakap, kalau tengok perempuan tak pakai baju, kita akan bertukar jadi batu. Sekarang pun dah ada bahagian anggota badan saya yang makin mengeras!  

Sunday, March 20

'Runaway'

So easy to forget our love
The little things we do
Like callin' for no reason
Just to say the words 
"Baby, I love you"


I know latelt i've been busy
But a second doesn't go by
Without chu crossin' my mind
It's been so long since we had time


Let's take a day, and
Make everything alright
Just take my hand
Fall in love with me again


Let's runaway to the place
Where love first found us 
Let's runaway for the day 
Don't need anyone around us


When everything in love gets so complicated
It only takes a day to change it 


what I have to say can't wait
All I need is a day
So let's runaway....


Let's runaway
Just for the day
Runaway
Runaway


Girl, you've been so patient
Spendin' nights alone and not complainin'
But i'll make it up to you
And I promise today I won't keep you waitin'


Please give me this one chance
To remind you of everything we have


I won't give up 
I'm too much in love
And I want you to know that
Just take my hand
Fall in love with me again



Let's runaway to the place
Where love first found us 
Let's runaway for the day 
Don't need anyone around us

And i'll give everything in this moment
And i promise to make everyday
Just like the day 
When everything in love gets so complicated
It only takes a day to change it

What I have to say can't wait
All I need is a day 
So let's runaway....

Tibi belum reda

"Punca 5,000 mati sehari di seluruh dunia"

TUBERCULOSIS atau batuk kering sudah lama mengancam manusia iaitu sejak lebih 5,000 tahun dulu. Malah, jutaan menemui ajal sebelum punca sebenar jangkitan maut ini dikenal pasti.


Penyakit yang turur dikenali tibi itu disebabkan sejenis bakteria, mycobacterium tuberculosis pernah dianggap sebagai rangka roh atau semangat jahat pada abad ke-17 dan ke-18. Penemuan puncanya oleh Dr Robert Koch yang menghebahkannya pada 24 Mac 1882, membawa kepada sambutan Hari Tibi Sedunia pada tarikh sama yang jatuh Khamis ini.


Perunding Kanan Perubatan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata gejala tibi termasuk batuk berpanjangan (biasanya lebih dua minggu), hilang berat badan, hilang selera makan, demam dan berpeluh malam dan batuk berdarah. Bila pesakit tibi batuk, bersin atau meludah, mereka menyebarkan kuman ke udara dan ia mampu menjangkiti secara purata 10 hingga 15 orang setahun.


Sesiapapun dengan gejala yang disebutkan tadi perlu mendapatkan nasihat perubatan segera dan menjalani pemeriksaan untuk mengesahkan penyakit berkenaan. Cara paling mudah dan murah ialah dengan pemeriksaan kahak bagi mengesan organisme ini. Sekiranya pesakit menghasilkan spesimen kahak yang baik, hanya 30 minit diperlukan bagi mengenalpasti organisme itu.


Dan, selepas pelbagai usaha dijalankan pakar perubatan era lalu, banyak antibiotik yang lebih efektif ditemui dan pada 1960-an di mana satu rejimen rawatan berkesan diperkenalkan termasuk pada 1970-an apabila diperkenalkan rawatan enam bulan (rawatan ringkas) berbanding dua tahun untuk penyakit tibi.


"Apa yang membimbangkan, sejak 10 hingga 15 tahun ini jangkitannya muncul semula yang membuktikan ancaman batuk kering atau tibi ini belum tamat.


"Setiap tahun di seluruh dunia, sembilan juta manusia dijangkiti tibi dan dua juta mati akibatnya. Bahkan, dalam seminit tiga maut akibat tibi dan dalam masa sehari 5,000 nyawa melayang akibatnya.


"Oleh itu, amat penting jangkitan ini dapat dikesan seawal mungkin dan merawatnya kerana tibi boleh diubati. Manusia tidak seharusnya mati akibatnya," tegasnya.


Malah, kata Dr Abdul Razak, di Malaysia, kes tibi masih dikesan lewat atau pada peringkat serius dan ada yang lebih suka mendapatkan rawatan tradisional berbanding perubatan moden yang berkesan.


"Di negara ini, program kawalan tibi, menyelamatkan ribuan nyawa, sejak diperkenalkan pada 1961. Langkah yang diambil untuk membanteras tibi, seharusnya bergerak lebih pantas untuk mengurangkan jumlah kes ke paras yang lebih rendah dan mengurangkan jumlah kematian akibat tibi.


"Kematian akibat tibi adalah jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit di Malaysia," katanya.


Menurut Dr Abdul Razak, pusat perubatan awam dan persendirian harus memainkan peranan yang sama penting bagi program kawalan ini, memandangkan tibi adalah masalah kesihatan awam.


Masyarakat juga, katanya, perlu lebih dididik mengenai penyakit, cara mudah untuk didiagnos dan rawatan memainkan peranan utama bagi menyingkirkan tibi.


"Cara mudah boleh dicapai dengan mewujudkan kemudahan perubatan dilengkapi microscopy dan X-ray oleh kementerian Kesihatan.


"Apa dikesali, masih ada yang mendapatkan nasihat perubatan daripada pengamal perubatan tradisional bila tanda-tanda batuk berdarah, hilang berat badan dan selera makan. Mereka percaya ia disebabkan oleh sihir padahal itu adalah gejala penyakit paru-paru kronik dan tibi adalah penyebab paling lazim.


"Justeru, amat penting bagi pesakit dengan gejala berkenaan mendapatkan diagnosis dan rawatan. Banyak kes termasuk pelajar yang lambat mendapatkan rawatan dan mati kerana lewat dikesan akibat terlalu percaya rawatan tradisional," katanya.


Dr Abdul Razak berkata, senario menyedihkan ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai gejala dan sikap berlengah mendapatkan bantuan.


Selain itu, ujian Mantoux (mencucuk jari), akan membuktikan seseorang dijangkiti tini walaupun individu itu belum lagi mengalami penyakit klinikal itu".


 IMBASAN sinar-X dada pesakit merupakan antara kaedah yang boleh menunjukkan tahap kerosakan paru-paru akibat jangkitan tibi...

Keadaan di loji nuklear menunjukkan perubahan

SEBUAH trak bomba menyemburkan air ke arah reaktor nombor 3 di loji stesen jana kuasa No.1 Fukushina Dai-ichi milik Tokyo Electric Power Co (TEPCO)


TOKYO - Kerajaan Jepun dilihat menunjukkan sedikit kemajuan semalam dalam menangani krisis kebocoran radiasi loji jana kuasa nuklear yang paling teruk sejak peristiwa Chernobyl pada 25 tahun lalu.


Seramai 300 orang jurutera dilihat berusaha sedaya-upaya di zon bahaya itu bagi menyelamatkan enam buah reaktor di loji jana kuasa Fukushima sejak ia mengalami kerosakan teruk kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.


Reaktor nuklear paling kritikal di kompleks loji jana kuasa Fukushima, reaktor nombor tiga yang mempunyai tahap toksin plutonium paling tinggi sudah stabil selepas lima buah trak mengangkut bertan-tan air untuk disimbah di loji tersebut.


Selain itu, kerja-kerja menyambung kembali kuasa ke pam air untuk tujuan menyejukkan batang bahan bakar juga dilakukan.


Juruteknik telah memasang kabel kuasa ke reaktor nombor satu dan nombor dua dalam cubaan mengembalikan semula bekalan elektrik dan menghidupkan pam terbabit.


Timbalan Jeneral di Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama berkata, pasukan penyelamat sedang menunjukkan kemajuan walaupun tidak boleh menjadi terlalu optimistik.


Krisis tersebut menyebabkan Jepun kerugian hampir AS$200 bilion (RM610.7 bilion) dan memerlukan baik pulih terbesar sejak negara itu mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua.

Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera

Golongan pondan di Thailand tidak lagi dikecualikan daripada menyertai kerahan tentera berikutan pengenalan terma baru oleh Kementerian Pertahanan Thailand.


BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.


Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.


Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala, jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.


"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintahan Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.


Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010.

Friday, March 18

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Burung Kakak Tua Yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (transparent).


Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi ada tiga orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punya burung ni dari sekolah ke kuarters guru. Oleh itu, hari-harilah burung ni perhati tiga orang cikgu yang bertutup litup ke hulu ke hilir.... ke hulu ke hilir....


Setiap hari burung ni tengok guru-guru tu atas bawah, atas bawah. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. Tak pun dia akan baca skrip cerita sembilu. Lama-lama makin boring pulak.... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah, burung ni pun kuyu-kuyukan mata  dia... then tonyoh-tonyoh sikit mata dia.... pastu dia jeritlah kuat-kuat..... "BELANG!!!! PUTIHH!!!! BIRU!!!!!"


Cikgu-cikgu tadi pun sama-sama menoleh ke arah burung itu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang. Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek jew, bila cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.... PUTIH!!!!! BUNGA-BUNGAAA!!!! PINKK!!!!


Cikgu-cikgu tu terkejut dan berjalan cepat-cepat lagi. Sampai di sekolah dorang pun tanya sesama mereka... cikgu pertama bercakap "macam mana burung kakak tua tu tau warna spender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak, ahli sihir ke apa tah". Cikgu ketiga mencelah "Alah...kebetulan je agaknya, tak pe kita tengok besok macam mana pulak". Keesokan harinya macam biasa, pagi-pagi lagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu. Burung tu tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah. "Iyah...iyah!! lapan lapan lagi...satu....dua...." dan seterusnya. Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung. Burung pun tengok, dia jerit lagi.... KELABU!!!!HIJAU!!!!PURPLE!!!!!


Cikgu-cikgu ni berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... heh apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu". Cikgu ketiga "Aku tau...apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey....set!!!!" balas dorang semua. Keesokan harinya, sama juga, bila nak ke sekolah, burung tu jerit lagi...... HITAM!!!!HITAM!!!!!!HITAMMM!!!!!!!!!


Cikgu-cikgu berlari-lari anak lagi. Di sekolah mereka berbincang... cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent". Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna". Cikgu ketiga "Betul tu, mungkin dia dah dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai spender langsung". "Orait...set!!!!!" dorang jawab.


 Keesokan harinya lagi sekali macam biasa, di waktu pagi burung buat dek je. Bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok. Ditenungnya lama-lama, cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow sambil toleh-toleh dekat burung tu. Burung tu tengok lagi, dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gituuuu..... hahahha


Dah tu dia pusing belakang. Dia tengok lagi dengan cara menonggeng. Dah tu dia pandang ke depan balik, dia garu-garu kepala. Dah tu dia usap-usap dagu, dia cekak pinggang. Dah tu burung tu pegang dagu lagi, pastu dia senyum, dia jerit lagi kuat kali ini......LURUSSS!!!!LURUSSS!!!!!!!KERINTIIINNNGGG!!!!!


Cikgu-cikgu ni apa lagi, teruslah dorang lari sampai tak cukup tanah.... muahahahahahahaha!


                                                   macam ni ka????