Monday, February 28

Bumi berharga RM14,844 trilion

                                 GAMBAR menunjukkan rupa bentuk Bumi.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (SA) - Seorang saintis telah mencipta formula untuk menilai harga planet Bumi dan dia menetapkan Bumi berharga 3,000 trilion (RM14,844 trilion).


Saintis berkenaan yang bertugas di Universiti California-Santa Cruz, Greg Laughlin, membuat pengiraan itu berdasarkan faktor usia Bumi, saiz, suhu jisim, dan beberapa statistik penting yang lain.


Dia mendapati Bumi adalah planet termahal berbanding planet-planet lain di cakerawala.


Cruz mencipta formula tersebut untuk menetapkan nilai planet-planet yang ditemui oleh kapal angkasa Kepler berharga RM2.9 bilion milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).


"Saya percaya selama ini sukar untuk kita membayangkan nilai sesuatu planet terutamanya planet-planet yang menyerupai Bumi," katanya pada minggu lalu.


"Justeru, saya mencipta formula metrik ini supaya mudah untuk saya membuat penilaian sama ada sesuatu planet itu berharga atau sebaliknya," tambah Cruz.


Menurutnya, terdapat sekitar 1,235 planet di alam semesta dengan Marikh bernilai sekitar RM49,500, Zuhrah pula cuma 1 penny (RM0.04) - Kosmo!

Child Diabetes On The Rise

JUNK food is causing a rise in the number of children developing type 2 diabetes, a disease once seen only in adults. Up to a fifth of 10-year-olds are clinically obese and at risk of heart attacks, cancer and other life-threatening illnesses.


An independent study found that they are at risk of osteoporosis, anemia and problems with their brain power because they eat the wrong foods. Most do not eat nearly enough fibre, vitamin D or other important minerals such as zinc and calcium. Instead they get as much as a third of their calories from junk food rather than the recommended allowance of less than 10 per cent.


Scientists say many teenage girls are at particular risk as they go on fad diets which rule out meat and dairy, which are sources of iron, protein and calcium. As a result, they are more likely to suffer from anaemia and osteoporosis.


Dangers of energy drinks


ENERGY drinks should be as closely regulated as alcohol, tobacco and prescription medicines. A study claimed that high-caffeine drinks can cause seizures, strokes or even sudden death in children, and those with diabetes or behavioural disorders are most at risk.


Researchers at University of Miami found some beverages claiming to boost energy levels, contained three to five times as much caffeine as a 227g fizzy drink. They said energy drinks, often overused by teenagers targeted in glossy marketing campaigns, frequently contained ingredients that can enhance the effects of caffeine and should be stringently regulated.


They also said energy drinks have no therapeutic benefit and many ingredients are understudied and not regulated. 


Smoking and Lou Gehrig's disease


PEOPLE who smoke cigarettes or have smoked in the past may be more likely to develop Lou Gehrig's disease, according to a new study.


The disease slowly kills the neurons that send messages between the brain and the rest of the body, causing patients to lose control of their muscles, including those that are essential for eating and breathing.  


Most people who are diagnosed with Lou Gehrig's disease, also known as amyotrophic lateral sclerosis or ALS, do not survive more than five years after the diagnosis.


Food colouring and cancer


SOME chemical-enhanced caramel food colouring used in widely consumed cola drinks can cause cancer and should be banned, a US consumer advocacy group has urged the Food and Drug Administration.


 Pure caramel is made from melted sugar but two other versions approved for colouring food products include the chemical ammonia and produce compounds shown to cause various cancers in studies of animals, according to the Center for Science in the Public Interest.


Obesity is still a greater health threat from soda, says the CSPI. But the chemical reaction between sugar and ammonia can form carcinogens and may be causing thousands of cancers in the US population.


Coca-Cola Co, the world's top soft drink maker, says the caramel it uses does not cause cancer. It says that its cola only contain one of the compounds cited by CSPI, and that the compound-formed in the 'browning reaction' while cooking-is found in trace amounts in a variety of food and drinks.


Back pain from man bag


SPORTING a weighty man bag may be the latest fashion for men but it can cause back pain and poor posture. Footballer David Beckham, rapper Jay-Z and actor Brad Pit have all been spotted wearing the functional fashion accessory which the British Chiropractic Association (BCA) says can be bad for your back.


The BCA says the man bag in its various guises - from traditional over-the-shoulder laptop case, to messenger bag and satchel - should be used with caution.


A BCA study showed the the average man bag weighs up to 6.2kg, the equivalent of over 12 bags of sugar. In the digital age, men's bag are loaded with essential on-the-go accessories such as laptop, MP3 players, phones and gym kit.


To avoid being weight down by your man bag, the BCA recommends alternating the shoulder you sling the strap over, keeping the strap short and extended periods of time. 


*Original write-up from New Straits Times (Life & Times: Health In Brief) 

Kakak pilu sehingga enggan melepaskan mayat adiknya

PILU... kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan.


KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital.


Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran kilometer 14.4, Lebuh raya Maju Expressway (MEX) berhampiran Serdang, di sini.


Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam apabila mangsa, Ernest Ong Siang Hee, 31, memandu kereta keluar dari pejabatnya di Jalan SS15/4G, Subang Jaya, di sini untuk ke Putrajaya.


Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.


Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.


REMUK, kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan semalam.


"Pada masa sama, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terjatuh dalam keadaan tertiarap di tepi sebelah kiri lebuh raya berkenaan.


"Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala," katanya.


Katanya, ketika kejadian sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang sempat mengelak daripada melanggar kereta mangsa di tengah jalan.


Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.


"Ini kerana kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian bersama suaminya beberapa minit selepas kemalangan itu merayu supaya menunggu ahli keluarga lain.


"Suasana di tempat kejadian hiba apabila kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan ke atas mayat adiknya sehingga saudara lain tiba di situ," katanya.


Mayat mangsa hanya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat kira-kira jam 1 tengah hari. - Metro

Sanggup tinggal di hotel kerana hantu

FRODSHAM, Britain - Sepasang suami isteri membelanjakan wang simpanan sebanyak RM14,856 untuk menginap di hotel kerana tidak sanggup lagi tinggal di flat mereka yang berhantu.


Pemuzik, Jean Marc Mariole, 64, dan isterinya yang berusia 53 tahun, Charlotte membuat keputusan untuk berpindah selepas mereka melihat lembaga yang menyeramkan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediaman itu di sini.


Flat tersebut yang disewa oleh mereka terletak hampir dengan tempat berlakunya beberapa kes bunuh diri dan sehingga kini kediaman itu dipercayai masih berhantu.


Pasangan berkenaan berkata, banyak peristiwa menyeramkan telah berlaku yang bermula empat minggu selepas mereka berpindah ke flat itu pada April tahun lalu termasuk bunyi ketukan dan tangisan serta barang-barang seperti tilam tiba-tiba terapung di udara. 


"Pada suatu hari, pintu bilik mandi saya tertutup dengan sendiri sedangkan ketika tiada angin yang bertiup," kata Charlotte. 


Kes pasangan itu menyerupai filem seram Hollywood, Paranormal Activity yang ditayangkan di layar perak baru-baru ini. - Kosmo!

Cincin berusia 100 tahun dalam perut anjing

THRUMPTON, Britain - Seorang wanita, Karen Wooley terkejut apabila dia mendapati terdapat sebentuk cincin berlian miliknya yang telah hilang berada di dalam perut anjing peliharaannya yang bernama Barney.


"Saya menanggalkan cincin itu semasa mandi baru-baru ini. Saya sedih barang kemas keluarga itu hilang. Saya kemudian terfikir ia mungkin ditelan oleh Barney dan kami kebetulan memiliki sebuah alat pengesan logam," katanya.


Dia kemudian mengimbas haiwan itu untuk tujuan pengesahan.


Alat tersebut berbunyi bising menandakan terdapat barang logam di dalam perut anjing itu.


Barney kemudian dibawa menemui seorang doktor haiwan dan ia dibedah baru-baru ini untuk mengeluarkan cincin berlian berusia 100 tahun itu. - Kosmo!

Kanak-kanak serigala di Bangkok

WAJAH Supatra Sasuphan yang penuh ditumbuhi bulu dan kini tersenarai dalam Guinness Book of Records.


BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu.


Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.


"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.


Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.


Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan, kaki dan belakangnya.


Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Kosmo! 

Friday, February 25

Buaya 'beradu' di sofa

SAO PAULO, 24 Feb - Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor buaya berukuran 1.5 meter panjang berada di belakang sofanya selepas banjir yang melanda rumahnya di sini, surut Isnin lalu.

Pegawai bomba di Parauapebas, utara Sao Paulo, Luiz Claudio Farias berkata, wanita tersebut hanya menyedari buaya itu selepas anak lelakinya berusia tiga tahun dilihat membelai-belai sesuatu di belakang sofa.

Jelas beliau, dia terus menarik anaknya dan menghubungi polis sejurus melihat buaya berkenaan berada di ruang tamu rumahnya.

Farias berkata, ibu itu dan anaknya bernasib baik kerana buaya tersebut tidak lapar, jika tidak ia boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian sekiranya buaya itu bertindak menyerang mangsa. - Utusan Malaysia

Thursday, February 24

Serangan gangster Cincang

"Lelaki ditetak dengan parang panjang, dilanggar kereta"

BEGINILAH keadaan seorang lelaki yang parah ditetak dan dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 kelmarin.

KUANTAN - Penduduk di Taman Tunas Jaya 5 di sini gempar kelmarin apabila menyaksikan seorang lelaki diserang ala mafia oleh dua gangster bersenjatakan sebilah parang panjang hingga mengakibatkan tangannya hampir putus manakala keting kaki kanannya pula parah ditetak.

Kejadian menggemparkan di Lorong Air Putih 106 itu berlaku pada pukul 5 petang apabila pekerja kedai menjual makanan sejuk beku berusia 33 tahun diserang oleh dua lelaki berkulit gelap di depan rumahnya.

Difahamkan, polis percaya serangan ganas itu dilakukan bertujuan hendak membunuh mangsa tetapi pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian sama ada disebabkan dendam.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Talib, 35, memberitahu dia tergamam melihat bagaimana mangsa ditetak menggunakan parang panjang sebelum dilanggar dengan sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki dua suspek.

Katanya, mangsa yang bekerja di Semambu di sini telah ditetak oleh salah seorang suspek sehingga mengakibatkan tangan kanannya hampir putus dari paras siku.

"Mangsa cuba melarikan diri sejauh 80 meter sambil memaut tangannya yang hampir putus dan berlumuran darah. Suspek yang menetak tangan mangsa kemudian masuk ke dalam sebuah kereta Proton Gen2 yang dipandu seorang lagi rakannya untuk mengejar mangsa.

"Tanpa berlengah lagi, suspek terus melanggar mangsa dari belakang hingga menyebabkan dia melambung sejauh 10 meter. Seorang lelaki kemudian keluar sebelum dia menetak pula keting kaki kanan mangsa," ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Kata Talib, rempuhan kuat itu mengejutkan beberapa penduduk yang bergegas keluar dari rumah masing-masing menyebabkan dua suspek itu melarikan diri dengan kereta berkenaan.

Talib memberitahu, sebaik dihampiri, penduduk tergamam melihat lelaki yang parah dan banyak kehilangan darah tersebut sudah tidak sedarkan diri. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Rakan serumah mangsa yang dikenali sebagai Ah Meng berkata, dia bingung memikirkan mengenai kejadian tersebut kerana sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak mempunyai musuh atau berhutang. Ketika kejadian Ah Meng tiada di rumah.

"Saya mengenalinya sebagai seorang rakan yang baik dan dia tidak pernah mencari masalah ketika sama-sama menyewa rumah sejak tiga tahun lalu," dakwanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, berdasarkan corak serangan, pihaknya percaya suspek berniat untuk membunuh mangsa.

Katanya, pihaknya masih menyiasat motif sebenar kejadian berdasarkan keterangan daripada beberapa saksi.

"Saksi-saksi menerangkan bahawa suspek bersungguh-sungguh mahu menetak dan mencederakan mangsa.

"Kita belum lagi mendapat keterangan daripada mangsa kerana dia masih kritikal," kata beliau di IPD Kuantan, semalam.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau mengenali dua suspek terbabit supaya segera menghubungi IPD Kuantan di talian 09-5902222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Kosmo!

   

Maut menanti 'Hamster Malang'

Apabila kejadian ragut semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini, kita semakin takut hendak berada di lokasi terbuka. Kerap kali apabila berada di ruang legar, di tempat awam, kita bagaikan seekor hamster yang terlepas daripada kandangnya. Seperti hamster, akan terjengah sana, terjengah sini.

Orang keliling seperti musuh. Sesiapa sahaja yang datang rapat dengan kita akan dipandang atas bawah. Beg tangan dan segala harta yang ada pada diri dikepit erat. Bukan tidak biasa kita menonton dan membaca dalam akhbar, insiden ragut ini kebanyakannya membawa maut.

Wanita adalah sasaran utama peragut. Awas juga daya tarikan pada kertas atau segala pamplet yang diletakkan di bawah wiper. Itu adalah perangkap. Insiden langgar, keluar dari kereta dan diragut lalu kereta dilarikan juga kerap berlaku. Terjerit-jerit di tepi jalan.

Perempuan jugakah yang dipersalahkan? Sedikit sebanyak ya. Kesalahan ini dikatakan berpunca daripada perempuan disebabkan peragut itu lelaki yang menggunakan daya kekuatannya. Mangsa ditolak. Beg tangan dirampas. Barang kemas direntap. Kemudian apa lagi? Silap-silap diheret masuk ke kereta, dibawa lari, dirogol dan dibunuh.

Malanglah hamster perempuan itu... Seperkara lagi, kebanyakan wanita sengaja menjebak diri sendiri. Kereta seperti kedai mainan. Penuh dengan anak patung. Bergayutan. Ada beruang, ada burung, ada rama-rama, ada anak patung, ada kucing, ada arnab.....

Sahlah itu kereta perempuan. Diparkir pula di tempat yang terlindung, agak jauh daripada kawalan keselamatan. Hendak ditambah cerita, keadaan sudah gelap ketika keluar dari pejabat. Persekitaran lengang. Si peragut yang sudah sedia dengan modus operandinya, menunggu sahaja 'hamster'itu keluar dari pejabat.

Banyak kes ragut di tempat letak kereta berpunca daripada kesilapan ini. Barang-barang itu menjadi ejen pemikat dan jelas menceritakan siapakah empunya kereta itu. Banyak kes berlaku apabila pemandu wanita itu baru sahaja masuk ke kereta. Belum sempat menutup pintu kereta, pisau sudah berada di leher.

Ini adalah nasihat polis - wanita jangan hias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta itu kepunyaan wanita. Jangan ada anak patung. Jangan ada stiker yang menyatakan anda wanita. Biar penjenayah sukar membezakan, itu kereta lelaki atau wanita.

Memang cara ini bukan seratus peratus dapat mengelak daripada diragut, namun sekurang-kurangnya kita berusaha mengelirukan mereka. Maka, simpan sahaja si Kitty, si Pooh dan segala hiasan di rumah. Jangan dibawa bersiar-siar.

Sedih mengenangkan anak-anak yang tinggal apabila seorang wanita berstatus ibu diragut dan menemui ajalnya. Hajat murni keluar bekerja untuk membantu keluarga. Rupanya ajal yang menerpa. Padahal wang saku yang ada dalam beg sandang ketika diragut hanyalah RM2.

Ada juga kejadian yang lebih menyayat hati apabila mangsa ragut adalah ibu muda yang sedang hamil. Anak dan ibu maut sekali gus. Pernah juga terbaca berita bahawa tanpa sedar, si anak yang menjadi peragut telah meragut ibu kandungnya sendiri. Inikah yang kita mahu?

Desakan hidup, keperluan material dan gaya hidup yang tidak menentu menjadi punca kepincangan ini. Kita tidak boleh meletak kesalahan kepada si peragut secara keseluruhan. Mereka yang sudah terjebak, tidak boleh terus dibiarkan terjebak. Bantuan dan bimbingan untuk mereka mestilah berterusan.

Saya percaya ramai wanita lain sudah tidak larat untuk selamanya menjadi seperti 'hamster'. Peluang untuk hidup hanya sekali. Tidak mahulah peluang ini dilepaskan dengan mudah dalam tangan penjenayah. Pendek kata, kita tidak mahu mati mudah dan sia-sia sahaja hilang nyawa dalam tangan orang yang panjang akal.

Sebaik habis membaca artikel ini, cuba fikir semula masihkah kita ingin kekalkan status kereta kita sebagai kedai mainan bergerak yang diusung ke sana ke mari? Sebabnya, lagi banyak anak patung bergayutan dalam kereta, lagi rancak ia melambai penjenayah datang....!

*Artikel ini dipetik dari akhbar Sinar Harian
 Penulis asal: Sri Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf

Siti Balqis mahu bebas dari ALAM GHAIB

LETIH, lesu dan bingung memikirkan apa sebenarnya terjadi terhadap Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang mesra di sapa dengan panggilan nama Siti ini. Dia tidak mengerti punca sebenar apabila dirinya sering kali ghaib dan dibawa ke tempat-tempat yang sukar dijangka.


Setiap kali pulang dari alam ghaib, raut wajahnya kelihatan sugul dan tidak bermaya. Kelibat makhluk berwajah anjing dan berbulu menyerupai babi sering kelihatan di segenap penjuru rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, Besut, Terengganu sehinggakan dia sudah lali dengan keadaan tersebut. Rasa takutnya terhadap makhluk itu semakin lama semakin hilang. Dia sudah penat melayan kerenah makhluk-makhluk itu yang mengusungnya ke sana sini.


"Bayangkan saya dibawa ke suatu tempat yang jauh jaraknya dari rumah saya dalam masa yang sangat singkat oleh makhluk-makhluk itu. Saya benar-benar letih dengan kejadian yang berlaku ini. Malah saya sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya peristiwa aneh ini tidak lagi berlaku dalam hidup saya.


"Saya kasihankan keluarga terutama mak yang bertungkus-lumus mencari ikhtiar mengubati penyakit misteri saya ini. Kami pun bukannya orang senang. Kadangkala saya sedih dan menangis mengenangkan nasib yang menimpa diri," jelas anak sulung daripada empat beradik itu dengan nada suara yang lemah.


Rentetan peristiwa misteri itu, Siti Balqis mengalami sakit-sakit badan dan sering menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan gejala misteri itu selain menjadikannya letih kerana banyak berjaga.


Terpijak kaca


Bercerita mengenai punca kejadian ghaib itu, bapa saudara Siti, Derawi Said, 60, mengatakan bahawa Siti pernah terpijak kaca di hadapan rumahnya tiga bulan lalu. Apabila melihat di sekitar tempat tersebut, tiada sebarang kaca pun yang ditemui.


"Pada mulanya, Siti mengadu kakinya luka akibat terpijak kaca. Melihat kakinya yang berdarah teruk, kami membawanya ke hospital Jertih sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.


"Beberapa orang doktor pakar telah memeriksa kaki Siti yang luka teruk sehingga melibatkan urat-urat kakinya sebelum menjangkiti ibu jari kakinya. Setelah kakinya pulih, seminggu selepas itu berlakulah kejadian ghaib ke atas dirinya sehingga kini," jelas Derawi panjang lebar tentang asal kejadian itu.


Difahamkan Siti pernah ghaib lebih 100 kali dalam tempoh tiga bulan. Dan kemudiannya ditemui semula tidak sampai 24 jam. Antara lokasi penemuannya itu adalah di atas pokok manggis, di tepi pokok pisang, dalam mesin pembancuh simen, di atas syiling rumah dan berdekatan tanah perkuburan di sekitar kawasan rumahnya.


Cuba pelbagai bomoh


Namun kejadian terbaru yang berlaku pada Siti pada 25 Oktober lalu, agak misteri. Dia dilaporkan hilang dan ditemui semula dua hari kemudian di rumah kenalannya di Kampung Hulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dalam keadaannya yang semakin teruk.


Menurut Derawi, setelah pulang dari rumah kenalannya, Norwaniza Ramli, 19, Siti tidak makan dan minum. Malah, dia asyik tidur sahaja di dalam biliknya yang berkunci. Dia juga tidak mahu bercakap dan hanya mendiamkan diri.


"Kami sekeluarga sudah tidak tahu nak buat apa lagi. Pelbagai usaha sudah kami lakukan tapi Siti tetap begitu. Baru-baru ini ada rombongan tiga orang ustaz dari Maktab Perguruan Besut, datang untuk mengubati Siti.  


"Tapi keadaan itu hanya akan pulih buat seketika dan kemudiannya kejadian yang sama akan berulang lagi.


"Setakat ini, sudah lebih 100 bomoh dan pengamal perubatan yang telah merawat Siti. Saya amat berharap agar Siti dapat pulih seperti biasa dan kembali membantu ibunya berniaga di warung kopi milik mereka sekeluarga," ujar abang sulung kepada ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47. 


Batu permata sebagai balasan


Menurut Derawi lagi, satu kejadian aneh pernah berlaku selepas Siti dibawa ke tanah perkuburan apabila 15 biji batu permata pelbagai jenis telah luruh dari atap rumahnya selama dua hari.


Ini sekali gus menambahkan lagi elemen misteri dalam kehidupan gadis tersebut. Paling menghairankan, di bahagian bawah beberapa batu permata itu terdapat kalimah Allah, Muhammad dan gambar Kaabah.


Sebiji daripadanya, Derawi serahkan kepada pengamal perubatan Islam, Sharhan Shafie dari Kuala Lumpur yang telah secara sukarela merawat keluarganya selama tiga hari berturur-turut. Anehnya, selepas lima hari dalam simpanan, kesemua batu-batu permata itu juga ghaib.


"Batu-batu itu tidak jatuh serentak. Ia luruh satu demi satu sehingga berjumlah 15 biji. Kemudian, kami disuruh oleh Ustaz Sharhan masukkan kesemua batu-batu itu di dalam air zam-zam yang dibacakan ayat Kursi.


"Ramai orang dari merata tempat datang ke rumah untuk menyaksikan keajaiban batu-batu tersebut. Saya dan keluarga Siti Balqis tidak berani melakukan apa-apa terhadap batu tersebut demi keselamatan diri. Genap lima hari batu-batu tersebut bersama bekas air zam-zam ghaib tak tahu ke mana," cerita Derawi yang sentiasa memantau pergerakan Siti Balqis sehingga ke hari ini.


*Kisah ini diambil dari Majalah Keluarga Harmoni keluaran Nov 2010
  Penulis asal: Zylla Ahmad
  

Sikap kejam pencuri beras

'Pemandu treler tidak akan lupa peristiwa dirinya dibiar terlantar atas jalan'

IPOH - Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

Ia berlaku selepas treler yang dipandunya merempuh sebuah lori muatan pasir di lorong kecemasan. Beg sandang miliknya yang mengandungi telefon bimbit turut dicuri.

"Bayangkan dalam keadaan sakit, saya lihat mereka begitu rakus mengaut dan mencuri beras di depan mata saya. Hati saya bertambah sakit apabila rayuan saya meminta mereka menutup luka pada badan saya yang dihurung lalat tidak diendahkan.

"Saya harap mereka yang terlibat insaf dan fikirkanlah soal halal haram. Saya begitu kecewa lebih-lebih lagi rakan saya meninggal dunia akibat keengganan mereka menghulurkan bantuan," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan pengguna lebuh raya seakan-akan berpesta memungut beratus-ratus kilogram beras yang tumpah dari sebuah treler yang berlanggar dengan sebuah lori muatan pasir pada pukul 9.15 pagi.

Ekoran itu, kelindan treler, Hanafi mati manakala pemandu treler, Ahmad Rozlin cedera parah. Pasir yang dibawa lori yang dilanggar turut tumpah tetapi pemandunya tidak cedera.

Menurut Ahmad Rozlin, dia diselamatkan oleh anggota penyelamat yang sampai sebelum dikejarkan ke Hospital Slim River dengan ambulans kira-kira sejam kemudian. Dia kemudian dipindahkan ke HRPB malam kelmarin. - Sinar Harian

Yun Nam Hair Care diperintah bayar RM14,986

PUTRAJAYA - Tribunal Tuntutan Pengguna semalam memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn Bhd membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan isteri.

Presidennya, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat itu melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan terbabit dalam tempoh 14 hari.

Dr Sulaiman yang berpuas hati dengan keputusan itu berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd Noor bersetuju mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15, 600 (RM7,800 seorang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan, setelah dimaklumkan mereka mempunyai masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.

Pasangan itu juga membayar RM2, 776 bagi membeli beberapa produk seperti set losyen penyubur dan pembersih rambut ketika sesi rawatan percuma di Mid Valley pada Mei lalu.

"Selepas rawatan itu, dia (Yun Nam Hair Care) meminta kita menambah program lain berjumlah RM15,000 lagi. Saya berasa ia tidak wajar.

"Saya berhenti dapatkan rawatan dan meminta tidak lagi memotong wang melalui kad kredit, tetapi diteruskan.

"Saya menulis dua pucuk surat, tetapi mereka tidak jawab. Jadi, saya bawa ke Tribunal," kata Dr Sulaiman. - Sinar Harian

Wednesday, February 23

Hospital swasta tak galak susu ibu

'Hanya enam daripada 195 pusat perubatan diiktiraf Hospital Rakan Bayi'

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan tidak berpuas hati terhadap pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi (IHRB) di hospital swasta di negara ini berikutan hanya enam daripada 195 hospital swasta diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri dr Mohd Ismail Merican berkata, jumlah ini amat rendah berbanding hospital kerajaan yang menunjukkan 127 atau 95 peratus daripada 134 hospital kerajaan sudah mendapat pengiktirafan itu.

Katanya, semua hospital swasta di negara ini disaran melaksanakan IHRB mulai tahun ini dalam memastikan bayi mendapat penyusuan sempurna sehingga berusia enam bulan.

"Pelaksanaan IHRB membabitkan hospital swasta di negara ini sangat mendukacitakan kerana hanya tiga peratus iaitu enam daripada 195 hospital swasta yang mempunyai perkhidmatan bersalin, terbabit dalam inisiatif berkenaan.

"IHRB sepatutnya sudah boleh dikembangkan di semua hospital swasta memandangkan ia sudah dilaksanakan dengan jayanya di enam hospital swasta sejak 1998 lagi," katanya dalam kenyataan akhbar melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan.

Pelaksanaan IHRB bertujuan menggalakkan penyusuan ibu dan ia program antarabangsa yang dilancarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF.

IHRB ini sudah dilaksanakan sejak 1993 di negara ini dan selepas lima tahun pelaksanaannya, pada 3 Mac 1998, Malaysia diisytiharkan WHO sebagai negara ketiga di dunia dengan hospital kerajaan diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Dr Mohd Ismail berkata, melalui inisiatif berkenaan, ibu terbabit akan diberi maklumat tepat mengenai kaedah serta manfaat penyusuan bayi menggunakan susu ibu dengan bantuan kakitangan jabatan kesihatan terlatih.

Beliau berkata, peningkatan pembabitan hospital swasta dalam pelaksanaan inisiatif ini akan membantu meningkatkan peratusan bayi di negara ini yang diberi susu ibu sehingga berusia enam bulan.

"Jumlah bayi dilahirkan di hospital swasta lebih 63,000 orang setahun, tetapi peratusan yang diberi susu ibu sehingga berusia enam bulan ketika ini sangat rendah iaitu hanya 14.5 peratus sahaja," katanya. - Berita Harian

Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak???

'Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena'


CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilengkapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.


Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) berkata, sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.


Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.


"Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu," kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.


Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnet yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.


Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnet yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.


"Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnet akibat penggunaan telefon bimbit.


Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal pertengahan 1980-an dan kini 5 billion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.


Sesetengah kajian mengaitkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.


Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. - Berita Harian 

Wajah mirip manusia pada labah-labah

SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain baru-baru ini.


WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.


Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.


Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya. - Kosmo!

Pandu kereta guna minda

BERLIN - Sekumpulan saintis Jerman mencipta sebuah kereta yang boleh dipandu dengan hanya menggunakan minda, lapor sebuah akhbar semalam.


Pemandu kereta itu perlu memakai fon kepala yang dilengkapi sensor dan dihubungkan pada sistem elektronik kenderaan itu melalui teknologi wayarles.


Dia hanya perlu berfikir untuk ke kanan atau ke kiri atau bergerak dengan lebih laju supaya kereta tersebut bertindak balas mengikut pemikirannya.


Kereta yang diuji oleh sekumpulan saintis itu adalah daripada jenama Volkswagen.


Ia menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Pemanduan Minda.


Kereta itu dilengkapi dengan menggunakan beberapa kamera video, radar dan sensor laser untuk memberikan gambaran tiga dimensi (3D) mengenai persekitaran di sekeliling jalan.


Projek tersebut dihasilkan oleh pasukan AutoNOMOS, yang merupakan Kumpulan Kecerdasan Buatan dari Universiti Freie di Berlin.


"Aplikasi Pemanduan Minda hanya satu demonstrasi dan ia belum boleh digunakan di jalan raya tetapi dalam jangka masa panjang teknologi itu memiliki potensi besar dalam pemanduan automatik," kata beberapa saintis itu.


Aksi ujian kereta itu boleh dilihat di laman You Tube. - Kosmo!

Tuesday, February 22

Facebook haramkan gambar wanita mengandung

GAMBAR Angela yang dikatakan mempunyai unsur berbogel diharamkan di laman sosial Facebook.


LONDON - Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook, lapor akhbar The Sun semalam.


Gambar itu menunjukkan wanita tersebut, Angela Hurst bergaya seperti aksi pelakon Demi Moore.


Gambar Angela yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya.


Ia tidak sama seperti gambar Demi Moore untuk majalah Vanity Fair pada Ogos 1991 yang dirakamkan dalam keadaan bogel. Sebaliknya, Angela memakai pakaian yang tidak menjolok mata.


Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel'.


Angela yang berusia 34 tahun dari Lee-on-Solent dekat Hampshire, England menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup.


"Saya menerima banyak mesej terutamanya daripada kaum wanita yang memberitahu mereka menyukainya. Mengingati tempoh mengandung ialah sesuatu yang menarik dan ia tidak bersifat seksual. Jika Demi boleh buat (merakamkan tubuhnya semasa hamil), kenapa tidak saya?" kata Angela.


Suami Angela, David berkata: "Gambar itu cantik. Tindakan ini agak berlebih-lebihan."


Sementara itu, seorang jurucakap Facebook pula menegaskan pihaknya melarang wujudnya unsur-unsur berbogel di laman tersebut. - Kosmo!

Gadis 17 tahun seberat 254kg

BENTUK tubuh Georgia Davis yang mempunyai berat sehingga 254 kilogram.


ABERDARE, Wales - Berat seorang gadis berusia 17 tahun, Georgia Davis mencecah sehingga 254 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.


Menurut Georgia, punca dia gemuk adalah kerana tekanan yang menyebabkan dia makan terlalu banyak.


Gadis itu akan meninggal dunia jika dia terus dengan tabiat pemakanannya.


Bagaimanapun, kata Georgia, dia kini berusaha untuk mengurangkan berat badannya.


"Saya tidak berusaha untuk memikirkan mengenai berat badan saya kerana ia akan menyebabkan saya berasa panik dan ia membuatkan masalah pemakanan saya akan menjadi lebih serius," katanya.


Georgia akan menutup cermin dengan kain di bilik tidurnya bagi mengelak dia melihat tubuhnya.


Gadis itu cuma keluar sehari seminggu dan kerap makan makanan segera pada waktu tengah hari.


Berat badan Georgia bertambah 44.45kg semasa dia berumur 15 tahun menyebabkan menjadi 209.55kg .


Menurut gadis itu, berat badannya berkurangan 95.25kg pada 2009 selepas mengikuti program diet di sebuah akademi di Carolina Utara, Amerika Syarikat.


Namun, berat badannya bertambah apabila kembali pulang ke sini kerana dia tidak lagi memakan makanan kurang berlemak disebabkan ibunya tidak mempunyai masa untuk memasak.


Dia kini berharap Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan milik kerajaan dapat membantunya untuk menguruskan badan. - Kosmo!

Ayam betina hasilkan telur gergasi

SEEKOR ayam betina mengeluarkan sebiji telur ayam gergasi (kanan) di Hampshire, Britain pada Khamis lalu.


WINCHESTER, Britain - Seekor ayam betina menelurkan sebiji telur gergasi yang besarnya lebih lapan kali ganda daripada normal, lapor sebuah akhbar semalam.


Telur itu seberat 161.59 gram dan sepanjang 8.89 sentimeter di Hampshire.


Pemilik ayam itu, Jeremy Paget, 50, memberitahu: "Isteri saya membawa telur itu kepada saya dan meminta saya menutup mata. Dia menyatakan akan membawa hadiah untuk saya."


Setelah melihat telur itu pada Khamis lalu, kedua-dua mereka berasa amat terkejut.


Menurut Paget, ayam peliharaan mereka itu tidak menunjukkan sebarang tingkah laku ganjil dan kelihatan bimbang selepas ia bertelurkan telur gergasi itu.


Pada kebiasaannya telur ayam hanya sepanjang 5.84 sentimeter. - Kosmo! 

Monday, February 21

Mayat bayi ditemui dalam beg plastik di tepi sungai (dekat pejabat TV3)

MAYAT bayi yang ditemui diletakkan di kawasan semak di tepi Sungai Kayu Ara di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dijumpai dalam sebuah beg plastik yang ditinggalkan di tepi Sungai Kayu Ara dekat sini semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat bayi itu ditemui pada pukul 3 petang oleh seorang lelaki yang pergi memancing di sungai itu.


"Lelaki itu terus menghubungi bilik gerakan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi yang diisi dalam beg plastik berwarna putih.


"Semasa ditemui bayi itu tidak berpakaian dan turut ditemui dalam beg plastik itu dipercayai uri bayi itu," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.


Menurut beliau, mayat bayi itu dipercayai dibuang dalam tempoh kurang 24 jam sebelum ia ditemui.


Mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat. - Kosmo!  

Azizulhasni selamat dibedah

Penolong jurulatih, Harnizam Basri (kanan) memapah Azizulhasni yang mengalami kecederaan ngeri sebaik sahaja dia berjaya melintasi garisan penamat dengan meraih pingat gangsa dalam acara keirin akhir Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.

Azizulhasni berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London awal pagi semalam.  


'Tertusuk serpihan kayu dalam laluan meraih gangsa Piala Dunia'


KUALA LUMPUR - Jaguh trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang selamat dibedah selepas mengalami kecederaan ngeri, tertusuk serpihan kayu di betis kirinya akibat kemalangan dalam laluan memenangi pingat gangsa pada Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, semalam.


Azizulhasni bersama empat lagi pelumba terlibat dalam kemalangan, menyebabkan serpihan dari trek kayu sepanjang 23 sentimeter tertusuk di betisnya. Dia tetap meneruskan perlumbaan selepas kemalangan dan hanya menyedari tentang kecederaan yang dialami selepas menamatkan saingan.


Kecederaan tersebut sekali gus menutup terus hasrat pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi di Kejohanan Trek Dunia yang akan berlangsung di Apeldoorn, Belanda bulan depan.


Insiden tersebut terjadi dalam acara keirin terakhir menyaksikan pelumba sedang berasak-asak untuk melintasi garisan penamat sebelum berlakunya pelanggaran sesama sendiri dalam kelajuan 60 atau 70 kilometer per jam.


Ia bermula dengan pelumba Sepanyol, Juan Peralta Gascon tergelincir sebelum terlanggar Azizulhasni yang mewakili pasukan trek professional negara, Yayasan Sime Darby (YSD) diikuti dua lagi pelumba terjatuh, Kamil Kuczynski (Poland) dan Edward Dawkins (New Zealand) namun keempat-empat mereka bangkit meneruskan pelumbaan dengan cara yang berbeza.


Azizulhasni bangkit semula sambil dibantu jurulatihnya, John Beasly untuk meneruskan perlumbaan dan tidak sedar serpihan kayu tertusuk dari bahagian kanan menembusi bahagian kiri betisnya, manakala Dawkins melintasi garisan penamat sambil menolak basikalnya.


Gascon pula dibatalkan pelumbaannya selepas dia bangun tetapi berlari menuju ke garisan penamat tanpa basikalnya, selepas dia berlari itu barulah jurulatih ataupun pegawainya memberikan basikal tetapi ia tidak dikira.


Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba sensasi Britain, Chris Hoy manakala pingat perak dimiliki oleh Jason Niblett dari Australia, namun hanya dua pelumba itu sahaja berada di podium manakala Azizulhasni dikejarkan ke Hospital Royal Manchester untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Bagaimanapun pingat gangsa itu sudah cukup buat Azizulhasni muncul juara keseluruhan Piala Dunia Klasik mengatasi Chris Hoy dan berada di ranking No.1 dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi acara keirin.  


Menurut Ketua Jurulatih, John Beasly, Azizulhasni selamat dibedah dan tidak mengalami kecederaan yang serius, tetapi pemenang pingat emas keirin Sukan Asia di Guangzhou 2010 itu tetap tidak boleh mengambil bahagian pada Kejohanan Dunia kerana perlu berehat lebih panjang.


"Ia untuk mengelak risiko berlakunya darah beku dalam saluran darah dan doktor juga telah memberitahu saya beberapa jam selepas kejadian tersebut bahawa Azizulhasni tidak boleh menyertai Kejohanan Dunia," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia semalam.


Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, Azizulhasni telah menjalani imbasan x-ray dan pembedahan kecil di hospital tersebut namun peluangnya untuk beraksi pada Kejohanan Trek Dunia seakan-akan sudah berakhir.


"Selepas menjalani pembedahan kecil dan berehat kita akan melihat semula situasi Azizulhasni cuma apa yang dia sempat beritahu saya adalah tidak mahu ibu dan isterinya risau, begitu juga dengan peminat seluruh Malaysia.


"Dia tidak mahu orang salah faham mengenai kecederaan ini yang tidak akan menjejaskan peluangnya untuk beraksi di London 2012, begitu juga dengan kariernya, dia amat mengharapkan sokongan semua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.


Azizulhasni juga sempat memberitahu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, ketika berada di dalam ambulans menuju ke hospital bahawa dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari setelah berjaya menamatkan perlumbaan.


"Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya tentang hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik 2012 nanti," katanya.


Menurut Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, ia masih terlalu awal untuk menjangkakan berapa lama Azizulhasni perlu berehat sebelum dia dapat kembali beraksi.


Katanya, ini kerana apa yang lebih penting ialah serpihan kayu trek yang tertusuk menembusi betis kiri pelumba negara itu perlu dikeluarkan terlebih dahulu, dan hanya selepas itu barulah boleh dinilai sejauh mana tahap kecederaan sebenarnya.


Kejohanan Trek Dunia akan bermula pada 23 hingga 27 Mac dengan Azizulhasni sangat bersemangat untuk membalas dendam terhadap kekalahannya kepada Hoy dalam acara keirin akhir di kejohanan yang sama tahun lepas. - Utusan Malaysia

Sunday, February 20

Ke mana hala tuju Mesir???

Selepas berjaya menjatuhkan pemerintahan kuku besi Presiden Hosni Mubarak pada 11 Februari lalu, masa depan Mesir ke arah perubahan demokrasi masih menjadi tanda tanya.


Apakah kemungkinan perubahan di Mesir tidak berjaya?


Keputusan majlis tentera Mesir yang masih menggunakan kerajaan Perdana Menteri, Ahmad Shafiq yang dilantik Mubarak sebagai kerajaan sementara mencetuskan kebimbangan. Selain itu, tindakan tentera membekukan perlembagaan juga dilihat langkah berisiko kerana tentera boleh mengambil keputusan atas kepentingan angkatan itu dan bukannya untuk kebaikan negara. Tentera Mesir perlu terus diberikan tekanan oleh rakyat supaya saki-baki rejim Mubarak terhapus sama sekali dan kerajaan sementara yang baru perlu ditubuhkan sehingga pilihan raya. Jika tidak, keadaan bakal menjadi tidak terkawal jika tentera tidak mentadbir dengan baik pada saat kritikal ini. 


Siapa pihak paling terjejas dalam revolusi Mesir?


Dalam jangka masa pendek, mereka yang paling terjejas adalah pemimpin autokratik rantau itu yang terpaksa berhadapan dengan semangat kebangkitan rakyat masing-masing. Dalam jangka masa panjang, negara seperti Israel, Arab Saudi dan Iran dilihat bakal mendapat kesan buruk akibat revolusi di Mesir yang bakal menjejaskan kepentingan masing-masing di rantau itu jika rakyat ketiga negara memutuskan untuk menuntut perubahan politik.


Bagaimana revolusi ini dilihat akan mencapai matlamatnya?


Bagi penduduk Mesir, mereka perlu terus meyakinkan angkatan tentera bahawa kebangkitan yang dilancarkan bukan hanya untuk mengubah landskap politik negara itu pada permukaan sahaja tetapi bagi menghapuskan cara pentadbiran lama yang penuh kepincangan. Dan tentu sekali rakyat Mesir perlu bertahan dan terus memberi tekanan kepada kerajaan tentera atau kerajaan sementara negara itu bagi melakukan perubahan. - Sinar Harian

Bayi disimpan dalam almari mati akibat sesak nafas

TAINAN - Seorang bayi perempuan berumur 20 bulan ditemui meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas seorang pekerja pusat penjagaan bayi memasukkan kanak-kanak malang itu ke dalam almari kecil, kelmarin.


Menurut polis Taiwan, pekerja pusat penjagaan itu dipercayai meletakkan bayi tersebut ke dalam almari selepas kanak-kanak itu menangis terlalu kuat.


Kanak-kanak itu dijumpai oleh seorang pekerja lain di dalam almari bersaiz satu meter persegi itu dan dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Jururawat wanita dipenjara rogol wanita

BRISBANE - Seorang jururawat wanita yang muda dari Ireland dihukum penjara selama dua setengah tahun kerana kesalahan merogol seorang wanita di tandas sebuah hotel bandar Brisbane lebih dua tahun yang lalu.


Hakim Mahkamah Daerah Brisbane, David Reid ketika menjatuhkan keputusan pada Jumaat lalu berkata, sikap angkuh dan pengambilan alkohol yang berlebihan telah menyebabkan jururawat wanita itu, Anne Marie O'Loughlin bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga merogol seorang ibu dua orang anak yang berusia 32 tahun itu.


Semasa kejadian, O'Loughlin, 25, sedang bercuti di Australia.


Menurut hakim Reid, O'Loughlin akan dihantar pulang selepas dia menjalani hukuman penjara.


Wanita itu kelihatan menangis semasa berada di mahkamah.


Juri diberitahu bahawa O'Loughlin mula-mula mencium mangsa rogol tersebut.


Si mangsa itu kemudian menciumnya semula sebagai usaha untuk melepaskan diri daripadanya.


Kemudian si mangsa menjerit meminta pertolongan menyebabkan seorang pengguna tandas yang mendengar jeritannya memberitahu dia akan datang semula dengan seorang pengawal.


Jururawat itu kemudian bergegas meninggalkan tandas tersebut tetapi dia terlupa mengambil dompetnya sekali gus menyebabkan identitinya terbongkar.


Peguam Damien Walsh menyatakan O'Loughlin akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. -Kosmo!

Lelaki miliki 39 isteri, 94 anak, 33 cucu

NEW DELHI - Seorang lelaki di India yang mempunyai 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu perempuan dan 33 orang cucu dipercayai keluarga yang paling besar di dunia.


Lelaki itu, Ziona Chana tinggal bersama keluarga besarnya itu di sebuah rumah empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik.


Rumahnya terletak di bawah bukit di Kampung Baktwang, Mizoram.


Isteri-isterinya yang tidur dalam sebuah bilik perlu menunggu giliran untuk tidur bersamanya.


Untuk satu makan malam sahaja, sebanyak 30 ekor ayam diperlukan untuk dimasak selain 60 kilogram (kg) kentang dan 99.79 kg beras.


Lelaki itu memberitahu dia dirahmati kerana mempunyai ramai isteri.


"Tuhan telah memberikan saya begitu ramai isteri dan anak untuk dijaga. Saya menganggap diri saya sebagai seorang lelaki yang bertuah," kata Chana.


Keluarga tersebut diselia dengan disiplin seperti tentera. Isterinya yang paling tua, Zathiangi memastikan isteri-isteri yang lain melakukan kerja-kerja rumah seperti membersih, membasuh baju dan menyediakan makanan.


Secara kebetulan, Chana ialah ketua ajaran yang membenarkan ahli-ahlinya untuk mengahwini seramai mana isteri yang mereka mahukan.


Dia sendiri pernah berkahwin sebanyak 10 kali dalam satu tahun.


Chana memastikan isteri paling muda berada dekat dengan bilik tidurnya.


Isteri-isterinya yang tua diletakkan di dalam bilik yang lebih jauh daripadanya.


Terdapat sistem aturan yang membolehkan mereka tidur bersama Chana.


Salah seorang isterinya, Rinkmini yang berusia 35 tahun berkata: "Kami tinggal bersama dengannya kerana dia  ialah orang yang paling penting di rumah. Dia juga lelaki paling kacak di kampung ini."


Rinkmini memberitahu Chana melihatnya ketika dia sedang berjalan pada suatu pagi 18 tahun lalu. Dia kemudian mengirimkan sepucuk surat dan meminta untuk berkahwin dengannya.


Seorang lagi isteri Chana, Huntharnghanki menyatakan, semua ahli keluarga yang besar itu tinggal dalam satu rumah dan mempunyai hubungan baik sesama mereka.


Sistem keluarga itu dikatakan berasaskan kasih sayang dan saling hormat menghormati.


Chana mengaku dia tidak pernah berhenti untuk mencari isteri yang baru.


"Untuk mengembangkan ajaran, saya sanggup pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin," katanya.


Salah seorang anaknya menegaskan bahawa bapanya itu berkahwin dengan wanita-wanita miskin di kampung tersebut bagi membolehkan dia menjaga mereka. - Kosmo!