Sunday, March 20

Tibi belum reda

"Punca 5,000 mati sehari di seluruh dunia"

TUBERCULOSIS atau batuk kering sudah lama mengancam manusia iaitu sejak lebih 5,000 tahun dulu. Malah, jutaan menemui ajal sebelum punca sebenar jangkitan maut ini dikenal pasti.


Penyakit yang turur dikenali tibi itu disebabkan sejenis bakteria, mycobacterium tuberculosis pernah dianggap sebagai rangka roh atau semangat jahat pada abad ke-17 dan ke-18. Penemuan puncanya oleh Dr Robert Koch yang menghebahkannya pada 24 Mac 1882, membawa kepada sambutan Hari Tibi Sedunia pada tarikh sama yang jatuh Khamis ini.


Perunding Kanan Perubatan Dada dan Pengarah Institut Perubatan Respiratori, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata gejala tibi termasuk batuk berpanjangan (biasanya lebih dua minggu), hilang berat badan, hilang selera makan, demam dan berpeluh malam dan batuk berdarah. Bila pesakit tibi batuk, bersin atau meludah, mereka menyebarkan kuman ke udara dan ia mampu menjangkiti secara purata 10 hingga 15 orang setahun.


Sesiapapun dengan gejala yang disebutkan tadi perlu mendapatkan nasihat perubatan segera dan menjalani pemeriksaan untuk mengesahkan penyakit berkenaan. Cara paling mudah dan murah ialah dengan pemeriksaan kahak bagi mengesan organisme ini. Sekiranya pesakit menghasilkan spesimen kahak yang baik, hanya 30 minit diperlukan bagi mengenalpasti organisme itu.


Dan, selepas pelbagai usaha dijalankan pakar perubatan era lalu, banyak antibiotik yang lebih efektif ditemui dan pada 1960-an di mana satu rejimen rawatan berkesan diperkenalkan termasuk pada 1970-an apabila diperkenalkan rawatan enam bulan (rawatan ringkas) berbanding dua tahun untuk penyakit tibi.


"Apa yang membimbangkan, sejak 10 hingga 15 tahun ini jangkitannya muncul semula yang membuktikan ancaman batuk kering atau tibi ini belum tamat.


"Setiap tahun di seluruh dunia, sembilan juta manusia dijangkiti tibi dan dua juta mati akibatnya. Bahkan, dalam seminit tiga maut akibat tibi dan dalam masa sehari 5,000 nyawa melayang akibatnya.


"Oleh itu, amat penting jangkitan ini dapat dikesan seawal mungkin dan merawatnya kerana tibi boleh diubati. Manusia tidak seharusnya mati akibatnya," tegasnya.


Malah, kata Dr Abdul Razak, di Malaysia, kes tibi masih dikesan lewat atau pada peringkat serius dan ada yang lebih suka mendapatkan rawatan tradisional berbanding perubatan moden yang berkesan.


"Di negara ini, program kawalan tibi, menyelamatkan ribuan nyawa, sejak diperkenalkan pada 1961. Langkah yang diambil untuk membanteras tibi, seharusnya bergerak lebih pantas untuk mengurangkan jumlah kes ke paras yang lebih rendah dan mengurangkan jumlah kematian akibat tibi.


"Kematian akibat tibi adalah jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit di Malaysia," katanya.


Menurut Dr Abdul Razak, pusat perubatan awam dan persendirian harus memainkan peranan yang sama penting bagi program kawalan ini, memandangkan tibi adalah masalah kesihatan awam.


Masyarakat juga, katanya, perlu lebih dididik mengenai penyakit, cara mudah untuk didiagnos dan rawatan memainkan peranan utama bagi menyingkirkan tibi.


"Cara mudah boleh dicapai dengan mewujudkan kemudahan perubatan dilengkapi microscopy dan X-ray oleh kementerian Kesihatan.


"Apa dikesali, masih ada yang mendapatkan nasihat perubatan daripada pengamal perubatan tradisional bila tanda-tanda batuk berdarah, hilang berat badan dan selera makan. Mereka percaya ia disebabkan oleh sihir padahal itu adalah gejala penyakit paru-paru kronik dan tibi adalah penyebab paling lazim.


"Justeru, amat penting bagi pesakit dengan gejala berkenaan mendapatkan diagnosis dan rawatan. Banyak kes termasuk pelajar yang lambat mendapatkan rawatan dan mati kerana lewat dikesan akibat terlalu percaya rawatan tradisional," katanya.


Dr Abdul Razak berkata, senario menyedihkan ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai gejala dan sikap berlengah mendapatkan bantuan.


Selain itu, ujian Mantoux (mencucuk jari), akan membuktikan seseorang dijangkiti tini walaupun individu itu belum lagi mengalami penyakit klinikal itu".


 IMBASAN sinar-X dada pesakit merupakan antara kaedah yang boleh menunjukkan tahap kerosakan paru-paru akibat jangkitan tibi...

Keadaan di loji nuklear menunjukkan perubahan

SEBUAH trak bomba menyemburkan air ke arah reaktor nombor 3 di loji stesen jana kuasa No.1 Fukushina Dai-ichi milik Tokyo Electric Power Co (TEPCO)


TOKYO - Kerajaan Jepun dilihat menunjukkan sedikit kemajuan semalam dalam menangani krisis kebocoran radiasi loji jana kuasa nuklear yang paling teruk sejak peristiwa Chernobyl pada 25 tahun lalu.


Seramai 300 orang jurutera dilihat berusaha sedaya-upaya di zon bahaya itu bagi menyelamatkan enam buah reaktor di loji jana kuasa Fukushima sejak ia mengalami kerosakan teruk kesan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.


Reaktor nuklear paling kritikal di kompleks loji jana kuasa Fukushima, reaktor nombor tiga yang mempunyai tahap toksin plutonium paling tinggi sudah stabil selepas lima buah trak mengangkut bertan-tan air untuk disimbah di loji tersebut.


Selain itu, kerja-kerja menyambung kembali kuasa ke pam air untuk tujuan menyejukkan batang bahan bakar juga dilakukan.


Juruteknik telah memasang kabel kuasa ke reaktor nombor satu dan nombor dua dalam cubaan mengembalikan semula bekalan elektrik dan menghidupkan pam terbabit.


Timbalan Jeneral di Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama berkata, pasukan penyelamat sedang menunjukkan kemajuan walaupun tidak boleh menjadi terlalu optimistik.


Krisis tersebut menyebabkan Jepun kerugian hampir AS$200 bilion (RM610.7 bilion) dan memerlukan baik pulih terbesar sejak negara itu mengalami kekalahan dalam Perang Dunia Kedua.

Pondan di Thailand perlu jalani kerahan tentera

Golongan pondan di Thailand tidak lagi dikecualikan daripada menyertai kerahan tentera berikutan pengenalan terma baru oleh Kementerian Pertahanan Thailand.


BANGKOK - Kementerian Pertahanan Thailand semalam menambah terma baru yang memberi penerangan bagi kategori transgender yang sebelum ini dikecualikan daripada terlibat dalam kerahan tentera.


Akhbar Bangkok Post melaporkan, kementerian meminda undang-undang yang menyatakan transgender dikecualikan daripada terlibat dalam tentera kerana psikologi yang tidak normal melainkan berlaku kekurangan tentera.


Transgender dikelaskan kepada tiga jenis. Jenis satu merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan seperti lelaki biasa. Manakala, jenis dua merujuk kepada lelaki yang telah melalui pembedahan payu dara dan jenis tiga pula lelaki yang telah membuat penukaran keseluruhan jantina.


"Sebelum ini, hanya jenis satu yang perlu mengikuti kerahan tenaga. Tetapi jika bilangan mereka tidak mencukupi, transgender jenis dua akan dikerah walaupun mereka mempunyai payu dara," kata pengarah akademik jabatan sumber Pemerintahan Askar Simpanan Thailand, Thaksin Chiamthong.


Pada tahun ini, pasukan tentera Thailand memerlukan askar kerahan seramai 97,280 orang lelaki berumur 21 tahun, meningkat sebanyak 9,828 berbanding 2010.

Friday, March 18

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Burung Kakak Tua Yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (transparent).


Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi ada tiga orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punya burung ni dari sekolah ke kuarters guru. Oleh itu, hari-harilah burung ni perhati tiga orang cikgu yang bertutup litup ke hulu ke hilir.... ke hulu ke hilir....


Setiap hari burung ni tengok guru-guru tu atas bawah, atas bawah. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. Tak pun dia akan baca skrip cerita sembilu. Lama-lama makin boring pulak.... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah, burung ni pun kuyu-kuyukan mata  dia... then tonyoh-tonyoh sikit mata dia.... pastu dia jeritlah kuat-kuat..... "BELANG!!!! PUTIHH!!!! BIRU!!!!!"


Cikgu-cikgu tadi pun sama-sama menoleh ke arah burung itu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang. Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek jew, bila cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.... PUTIH!!!!! BUNGA-BUNGAAA!!!! PINKK!!!!


Cikgu-cikgu tu terkejut dan berjalan cepat-cepat lagi. Sampai di sekolah dorang pun tanya sesama mereka... cikgu pertama bercakap "macam mana burung kakak tua tu tau warna spender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak, ahli sihir ke apa tah". Cikgu ketiga mencelah "Alah...kebetulan je agaknya, tak pe kita tengok besok macam mana pulak". Keesokan harinya macam biasa, pagi-pagi lagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu. Burung tu tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah. "Iyah...iyah!! lapan lapan lagi...satu....dua...." dan seterusnya. Bila cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung. Burung pun tengok, dia jerit lagi.... KELABU!!!!HIJAU!!!!PURPLE!!!!!


Cikgu-cikgu ni berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi... cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap... heh apa nak buat hah?". Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu". Cikgu ketiga "Aku tau...apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey....set!!!!" balas dorang semua. Keesokan harinya, sama juga, bila nak ke sekolah, burung tu jerit lagi...... HITAM!!!!HITAM!!!!!!HITAMMM!!!!!!!!!


Cikgu-cikgu berlari-lari anak lagi. Di sekolah mereka berbincang... cikgu pertama "Nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent". Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna". Cikgu ketiga "Betul tu, mungkin dia dah dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai spender langsung". "Orait...set!!!!!" dorang jawab.


 Keesokan harinya lagi sekali macam biasa, di waktu pagi burung buat dek je. Bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok. Ditenungnya lama-lama, cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow sambil toleh-toleh dekat burung tu. Burung tu tengok lagi, dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gituuuu..... hahahha


Dah tu dia pusing belakang. Dia tengok lagi dengan cara menonggeng. Dah tu dia pandang ke depan balik, dia garu-garu kepala. Dah tu dia usap-usap dagu, dia cekak pinggang. Dah tu burung tu pegang dagu lagi, pastu dia senyum, dia jerit lagi kuat kali ini......LURUSSS!!!!LURUSSS!!!!!!!KERINTIIINNNGGG!!!!!


Cikgu-cikgu ni apa lagi, teruslah dorang lari sampai tak cukup tanah.... muahahahahahahaha!


                                                   macam ni ka????

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Siapa Yang Lebih Manja

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita sedang berdebat isu "SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA". Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat.


Tiba-tiba bangun seorang daripada kumpulan wanita. Wanita cantik dan manis, berlesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyuman menawan pun berkata, "Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah.... adalah.... lebih manja daripada kaum wanita.


Alasannya, semasa masih bayi dan kanak-kanak, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya........"


toing toing toinnngggg.......      

Thursday, March 17

Lampu Stadium VS Lampu Bilik Tidor

Dalam satu bengkel Pengarahan Video, penceramah menyampaikan satu kertas kerja berkaitan jenis lampu yang diperlukan untuk sesuatu pengambaran video. Dalam kertas kerja berkenaan, pelbagai teknik dan sudut lampu-lampu yang perlu bagi menghasilkan kesan tertentu. Selepas tamat penyampaian kertas kerja satu perbincangan telah diadakan berkaitan pencahayaan. Sebelum menamatkan sesi berkenaan, penceramah pun bertanya..."Apakah beza diantara lampu stadium dengan lampu bilik tidur?"

Beberapa orang peserta memberikan jawapan, berpandukan kertas kerja yang telah disampaikan oleh penceramah. Namun penceramah mengatakan semua jawapan mereka salah belaka. Setelah semua peserta mengaku kalah maka penceramah pun berkata.... 

"Beza lampu stadium dengan lampu bilik tidur ialah LAMPU STADIUM apabila nak MAIN, ia dinyalakan, tapi LAMPU BILIK TIDUR, bila nak MAIN ia ditutup...."

Wakakakakakakka!

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Burung Lelaki Tua

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung, Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini diperjumpaan mingguan di kampungnya.


Lelaki tua: "Siapa di sini yang ada burung?" Seluruh penduduk lelaki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah, "Bukan itu maksud saya". Lalu diajukan soalan yang lain. "Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"


Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi dia cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri.


Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, lalu segera dia berkata lagi, "Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung saya?"



Lalu isteri lelaki itu pun berdiri......