Tuesday, April 19

Tinggalkan rumah kerana hantu jahat

HULL - Sebuah keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka di sini, Britain selepas diganggu seekor hantu yang dikenali sebagai poltergeist di Barat.


Poltergeist dianggap sebagai hantu jahat yang kerap menyebabkan objek dalam rumah berterbangan dan mencetuskan bunyi bising.


Emma Keeitch, 31 dan keluarganya meninggalkan kediaman mereka selepas terdapat perkataan move dalam bahasa Inggeris yang bermakna keluar di salah sebuah tingkap di rumah tersebut.


Dia dan kekasihnya sebelum itu diganggu oleh hantu itu seperti potret di dinding berpusing, satu kepingan papan dibaling ke dalam tong sampah, alat kawalan jauh televisyen dilempar serta katil bergerak dengan sendiri.


"Saya tidak pernah mempercayai hantu dan selalu berasa skeptikal. Namun apa yang berlaku buat kami sekeluarga adalah keterlaluan. Kami tidak boleh tinggal di sini lagi," kata Emma.


Mereka menghubungi beberapa kumpulan paranormal untuk mengusir hantu itu. 


Namun, seorang anggota kumpulan paranormal tersebut melarikan diri selepas pipinya ditampar hantu jahat itu.


Salah seorang anggota kumpulan paranormal lain, Elliot Ainley berkata: "Rumah itu pasti berhantu dan terdapat aktiviti hantu jahat. Terdapat dua roh di dalam rumah tersebut iaitu seorang ibu dan bayi.


"Roh ibu kelihatan marah, kemungkinan disebabkan cara dia mati yang menyebabkan objek-objek di dalam rumah dibaling," katanya.

No comments:

Post a Comment