Dua orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.
TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.
Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55ka.
Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.
Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.
Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Sunday, February 20
Saturday, February 19
Gempar anak buaya sesat dalam longkang sekolah
Anggota Jabatan Pertahanan Awam memegang anak buaya yang ditemui di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang semalam
KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang dekat sini gempar apabila menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu petang semalam.
Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan pelajar terancam.
Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu.
Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 6.30 petang menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
"Pihak kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya tersebut ekoran keadaan longkang yang agak sempit. Sebatang besi panjang yang diikat dengan botol digunakan untuk menolak anak buaya tersebut," katanya.
Hafizan berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk menjerut leher anak buaya tersebut disebabkan kedudukannya yang berada di tengah-tengah longkang.
Katanya, salah seorang daripada anggotanya yang bertubuh kecil terpaksa masuk ke dalam longkang untuk menjerut leher buaya tersebut.
Beliau menambah, anak buaya yang berjaya dibawa keluar itu kemudian dihantar ke pejabat JPAM Putrajaya sebelum dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - Utusan Malaysia
Friday, February 18
Bibi Aisha simbol wanita tabah
'Gadis Afghanistan dipotong hidung ceria di AS'
Bibi Aisha (kanan) bersama rakan tidak segan menggunakan kereta api bawah tanah di New York
NEW YORK - Bibi Aisha mudah melemparkan senyuman ketika bersama berjuta-juta orang lain di kota New York menaiki kereta api bawah tanah.
Gadis muka depan majalah Time yang hidungnya dipotong oleh suami, seorang pejuang Taliban kejam, kini meneruskan kehidupannya di 'Big Apple'. Kisah beliau yang melambangkan ketabahan wanita memang menakjubkan.
Ia hasil kemurahan hati rakyat Amerika Syarikat dan keajaiban pembedahan moden membolehkan gadis 20 tahun itu menghadapi masa depan lebih cerah.
Pada usia 18 tahun, hidung dan telinga Aisha dipotong suaminya sebagai hukuman cuba melarikan diri daripada perkahwinan mereka yang diatur, sebelum diheret ke kawasan pergunungan untuk mati.
Hakikatnya, beliau terselamat dan Ogos lalu mendapat perhatian seluruh dunia selepas foto wajahnya yang cacat muncul pada muka depan majalah Time Ogos lalu dengan tajuk muka depan, 'What Happens When We Leave Afghanistan'.
Selepas ditawarkan perlindungan oleh badan kebajikan 'Women For Afghanistan Women', Aisha kini tinggal di Amerika Syarikat sejak Ogos tahun lalu.
Dipasang dengan hidung palsu dan memakai jeans biru lusuh serta jaket, wanita muda itu kini dapat menyesuaikan diri dengan suasana barunya, sebuah pangsapuri yang dikongsi di sini dan diberi penjagaan kerap oleh doktor dan ahli terapi.
Beliau ketika ini membuat barang perhiasan bermanik yang diharapkannya dapat dijual untuk meneruskan kehidupan.
Gadis itu yang buta huruf ketika meninggalkan Afghanistan, kini belajar bahasa Inggeris sebagai persediaan mendapat pendidikan penuh dan melupakan masa lalunya.
Apabila Aisha berusia 12 tahun, bapanya berjanji untuk mengahwinkannya dengan seorang pejuang Taliban bagi membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga suaminya yang mendera dan memaksanya tidur dalam kandang bersama haiwan.
Apabila dia cuba lari, dia ditahan dan sebagai hukuman, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sementara bapa mentuanya mengacu sepucuk senapang di kepalanya.
Apabila mereka memotong hidung dan telinga, Aisha telah pengsan. Pada tengah malam dia berasa ada air sejuk dalam hidungnya. Dia membuka mata dan malah dia tidak dapat melihat kerana dipenuhi darah.
Ditinggalkan di pergunungan, dia merangkak ke rumah datuknya dan bapanya membawanya ke sebuah kemudahan perubatan Amerika di mana anggota medik merawatnya selama 10 minggu.

Teh dan kanser
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa dengan meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya.
Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
Tanda-tanda awal kanser
1 Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan
2 Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada
3 Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air
4 Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan
5 Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit
6 Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak
7 Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam
8 Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti
9 Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan
10 Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi
11 Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher
10 Penyebab Utama Kanser
1 Makanan
2 Tembakau
3 Alkohol
4 Radiasi
5 Sinaran cahaya matahari
6 Pekerjaan
7 Pengambilan ubat
8 Pencemaran air dan udara
9 Perokok yang tidak aktif
10 Keturunan
Muslihat ikan emas cetus keprihatinan masyarakat
Sedutan rakaman muslihat ikan emas berenang secara selari mengakibatkan bantahan penonton kerana menganggap perbuatan itu seperti menganiaya haiwan berkenaan.
BEIJING - Kumpulan pencinta haiwan di China menyatakan muslihat ahli silap mata yang disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan ikan emas berenang secara selari pada ambang Tahun Baru Cina lalu, mungkin melibatkan penganiayaan terhadap haiwan itu.
Ikan emas adalah simbol kekayaan di China, tetapi helah yang ditunjukkan oleh ahli silap mata Fu Yandong menimbulkan kebimbangan kepada segelintir penonton.
Mereka khuatir jika implan magnet yang digunakan menyebabkan ia dikawal oleh arus elektrik.
Seramai 53 kumpulan pencinta haiwan di China mengemukakan surat bantahan kepada pusat stesen penyiaran televisyen negara itu (CCTV) supaya tidak membenarkan muslihat itu disiarkan sekali lagi pada Festival Tanglung.
Pengarah Persatuan Kebajikan Haiwan, Qing Shana berkata, mereka sepatutnya tidak menjadikan haiwan sebagai satu alat hiburan kerana ia seperti tidak berperikemanusiaan.
prada~

JUMPA BANGKAI TIKUS DALAM KUALI
Bangkai tikus yang dijumpai dalam kuali di sebuah restoran di Klang.
"Pemilik restoran gagal jaga kebersihan dikenakan tindakan"
KLANG - Kotor dan menjijikkan apabila ramai pelanggan tidak mengetahui bahawa kedai yang dikunjungi mereka untuk menjamu selera sebenarnya dihuni tikus dan puluhan lipas.
Mereka sebenarnya terdedah kepada risiko makanan yang dicemari najis tikus apatah lagi najis haiwan itu ditemui di merata-rata tempat di bahagian belakang premis hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.
Buktinya apabila bangkai tikus ditemui terapung dalam kuali kotor yang diletakkan di bahagian dapur sementara untuk dicuci dan berkemungkinan ia akan digunakan semula untuk memasak makanan.
Beberapa penemuan ini berjaya dikesan kakitangan Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang melalui Operasi Bersepadu Bersih III premis makanan di sekitar Jalan Tengku Kelana, petang semalam.
Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan MPK, Amran Jali berkata, lapan premis kedai makan diperiksa bermula kira-kira jam 3.40 petang.
"Pemeriksaan ke kedai pertama menunjukkan pemilik premis gagal menjaga kebersihan apabila peralatan mengisi makanan diletakkan di atas lantai.
"Malah puluhan lipas ditemui berkeliaran di kawasan tempat menjamu selera dan celahan kabinet yang berhampiran tempat simpanan daun pisang yang digunakan sebagai alas makanan," katanya.
Menurutnya, tambah mengejutkan apabila pemeriksaan ke premis kedua menemui bangkai tikus dalam kuali yang diletakkan di bahagian dapur premis.
"Oleh itu, kedua-dua premis ini diarah tutup berkuatkuasa jam 5 petang semalam memandangkan pemilik dan pekerja premis gagal menjaga kebersihan sehingga boleh mengancam kesihatan pelanggan mereka," katanya.
prada~
Thursday, February 17
Pewangi kereta tamat tempoh punca letupan
"Bunyi cermin pecah orang ramai sangka bom"
Bahagian cermin kereta yang pecah
KUALA KANGSAR - Bunyi letupan dari sebuah kenderaan menggemparkan orang ramai yang berada di sekitar jalan utama, Jalan Daeng Selili, di sini, kerana disangka bom.
Bagaimanapun, letupan kira-kira jam 3 petang, semalam berpunca daripada botol minyak wangi yang meletup dipercayai kesan penggunaan melebihi tarikh luput.
Pemilik kenderaan, Alfonso Mat Said, 49 berkata dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan seorang rakan.
Menurutnya, dia meletakkan kenderaannya berhampiran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Kangsar, di sini kerana mempunyai urusan di kawasan berhampiran.
"Saya baru sahaja membeli pewangi kereta ini semalam (kelmarin) di sebuah stesen minyak sekitar Kuala Kangsar dan tidak sedar susah tamat tempoh sejak dua tahun lalu.
"Saya selalu menggunakan pewangi ini, tetapi tidak pernah berlaku kejadian seperti ini, mungkin kerana cuaca panas menyebabkan botol ini meletup," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Difahamkan, letupan kuat itu menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran cemas dan lari menyelamatkan diri.
Alfonso berkata, akibat kejadian itu, cermin bahagian hadapan dan belakang keretanya pecah, sementara kotak tempat meletak alat pewangi berkenaan berkecai.
Menurutnya, botol pewangi itu terpelanting keluar dari keretanya dengan jarak kira-kira 10 meter.
"Mujur tidak ada orang awam cedera, saya mengalami kerugian hampir RM1,000," katanya.
Alfonso berkata, kejadian itu memberi kesedaran kepadanya supaya lebih berwaspada ketika membeli barang sekalipun alatan remeh seperti pewangi kereta. - Sinar Harian

Subscribe to:
Posts (Atom)