SEBUAH bot dikelilingi jutaan ikan yang mati di Marina King Harbor, selatan Los Angeles kelmarin.
LOS ANGELES - Berjuta-juta ikan kecil mati termasuk ikan kembung dan sardin ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, selatan Los Angeles.
Pemilik-pemilik bot di marina itu bangun pada waktu pagi kelmarin di pantai Redondo, California dan mendapati jutaan ikan tersebut mati.
Seorang pegawai polis, Sarjan Phil Keenan berkata, punca kematian ikan itu masih belum diketahui.
Penyelaras marin untuk Marina King Harbor, Staci Gebrielli berkata, pihaknya juga tidak mengetahui mengenai punca kematian ikan tersebut.
Sebelum ini, lebih 3,000 burung terjatuh dari langit menjelang Tahun Baru di Beebe, Arkansas.
Percikan bunga api dipercayai menjadi punca kematian burung itu tetapi punca sebenar kematian haiwan itu masih belum diselesaikan. - Kosmo!
Thursday, March 10
Budak terumbu karang di China
TUBUH badan Li Shenghan kelihatan seperti terumbu karang
BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidapi penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cengkerang.
Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.
Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.
Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.
Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yamg memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.
Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.
Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup. - Kosmo!
Tuesday, March 8
Saintis beri amaran bencana alam minggu depan
NEW YORK, Amerika Syarikat - Saintis-saintis memberi amaran kemungkinan berlakunya bencana alam di Bumi pada minggu depan disebabkan daya graviti bulan apabila Bumi dan bulan berada pada jarak paling dekat dalam tempoh 19 tahun.
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005. - Kosmo!

Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing
GAMBAR dalam laman Facebook menunjukkan Mark Zuckerberg berdiri bersama kekasihnya, Pricilla Chan yang mendukung seekor anjing di rumah mereka di Palo Alto, California.
PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya.
Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.
Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.
Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.
Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut. - Kosmo!

Burung helang terbang terbalik
PAM MULLINS berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert, Kanada.
PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.
Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.
"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Kosmo!

Jumlah pengunjung 'pokok petai menangis' merosot
TERPEGUN... air yang keluar dari dahan pokok petai ditadah dan diminum kerana kononnya boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit.
KEPALA BATAS - Para pengunjung yang menyaksikan pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini merosot mendadak semalam setelah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengeluarkan amaran bahawa air pokok tersebut mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis) .
Pemilik pokok tersebut, Norhayati Abdul Karim, 38, memberitahu kenyataan CAP yang dilaporkan di dalam Kosmo! semalam telah memberi kesan yang besar terhadap kehadiran orang ramai yang ingin menyaksikan keunikan pokok itu.
Sebelum ini katanya, ramai yang datang untuk mengambil air dari pokok untuk diminum atau disapu pada badan dan muka kononnya berupaya untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
"Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) juga telah meletak papan tanda amaran pada pokok itu sebelum ini, supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi orang ramai tetap berpusu-pusu untuk melihat dan mengambil air dari pokok itu.
ORANG ramai berpusu-pusu datang ke rumah Norhayati untuk menyaksikan 'pokok petai menangis'.
"Tapi setelah CAP keluarkan kenyataan bahawa air dari pokok itu berkemungkinan mempunyai virus kencing tikus di dalam akhbar hari ini (semalam), jumlah orang ramai yang datang ke sini serta-merta berkurangan.
"Mungkin orang ramai mula takut mereka akan dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang didakwa oleh CAP," katanya.
Kosmo! semalam melaporkan bahawa CAP mengingatkan orang ramai agar tidak meminum air yang kononnya keluar dari batang pokok petai menangis itu kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus. - Kosmo!

Kura-kura dan anak cicak berkepala dua

ZILINA, Slovakia - Seekor kura-kura kecil daripada spesis Geochelone sulcata yang mempunyai dua kepala dan lima kaki dipamerkan di Zilina, Slovakia semalam.
Kura-kura yang berusia tujuh minggu itu dilahirkan di Slovakia dan diberi dua nama, Magda untuk kepala kiri dan Lenka untuk kepala kanan.
Manakala, di Jakarta pula seekor anak cicak yang mempunyai dua kepala ditemui di rumah seorang penduduk di Desa Kajongan, Tuban.
Penduduk yang menemui anak cicak itu, Nafsiah, 52, mengambil haiwan itu dan menunjukkan ia kepada anggota-anggota keluarga dan jirannya.
Menurut wanita itu, anak cicak tersebut masih kecil dan haiwan itu disimpan di dalam sebuah bekas selain diberikan makan nyamuk.
Rumah nafsiah menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat haiwan aneh itu.
Menurut seorang penduduk kampung di Kecamatan Rengel, Fajar: "Setelah saya lihat dan pegang, cicak itu memang aneh. Tubuh haiwan itu hanya satu, ia mempunyai empat kaki."
Nafsiah berkata, dia tidak akan menjual cicak itu sebaliknya akan menjaga haiwan tersebut sehingga ia membesar. - Kosmo!
Subscribe to:
Posts (Atom)