Wednesday, March 23

Media Selangor juara futsal tewaskan Syabas

Pasukan Media Selangor muncul juara keseluruhan dalam perlawanan persahabatan futsal antara media Selangor dan Syabas di Taman Sukan Lasak Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 22 Mac - Pasukan Futsal Media Selangor berjaya menewaskan pasukan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Taman Sukan Lasak di sini baru-baru ini.

Perlawanan itu melibatkan tiga kategori iaitu lelaki, wanita dan campuran.

Dalam perlawanan pertama yang melibatkan kategori lelaki, pasukan Syabas berjaya menewaskan pasukan Media Selangor dengan jaringan 5-2.

Namun, Media Selangor bangkit pada perlawanan kedua apabila pasukan wanitanya berjaya menundukkan pasukan Syabas dengan jaringan 1-0.

Kebangkitan Media Selangor berterusan apabila mereka berjaya menewaskan pasukan campuran Syabas melalui sepakan penalti dengan jaringan 6-5 selepas permainan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Kemenangan kedua itu membolehkan pasukan Media Selangor muncul pemenang keseluruhan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halim Mat Som berkata, pihaknya berharap hubungan media dan Syabas akan terus akrab melalui penyertaan sukan yang dianjurkan.

"Untuk itu, kami merancang untuk mengadakan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti sihat bersama pihak media," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah.

Bekas pramugara, warga Nepal dituduh menculik

"Tuntut 10 jongkong emas RM 1.44 juta sebagai tebusan"


RUDHRA, Roshan dan Ramesh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang, semalam.


KLANG - Seorang bekas pramugara dan dua warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menculik seorang pengarah syarikat keselamatan dan menuntut tebusan sebanyak 10 jongkong emas bernilai RM1.44 juta, awal bulan ini.


Tertuduh C Rudhra, 37, yang juga pemilik firma keselamatan dan dua buruh warga Nepal, R Roshan dan T J Ramesh, kedua-dua berusia 29 tahun, dituduh menculik A Kanapathy, 64, di kawasan berhampiran Restoran  Pulau Ketam, Persiaran Raja Muda Musa, di sini, pada jam 9.30 pagi, 7 Mac lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Rudhra yang diwakili peguam K S Rathakrishna, manakala Roshan dan Ramesh Rai tidak diwakili peguam.


Majistret Liew Horng Bin kemudian menetapkan 25 April ini sebagai tarikh sebutansemula kes untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Iskandariah Md Tahir manakala hanya Rudhra diwakili oleh peguam K S Rathakrishnan.

Pelajar bersyukur urat tangan disambung

"Insiden mesin tebu tingkat azam belajar"

Nurul Amira, 15, terlantar di katil wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), JB semalam selepas menjalani pembedahan kelmarin untuk menyambung kembali urat tangan kirinya yang terputus.

JOHOR BAHRU - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit, Nurul Amira Murjini, melahirkan penuh kesyukuran apabila doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) berjaya menyambung kembali urat yang putus selepas tangan kirinya tersepit pada mesin tebu ketika membantu perniagaan keluarga minggu lalu.

Nurul Amira, 15, yang trauma mengenang kejadian ngeri itu tetap berdoa untuk kesejahteraan dirinya dan kejayaan doktor itu memberi semangat kepadanya untuk terus menyiapkan diri menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Dalam kejadian itu, Nurul Amira bernasib baik kerana tangan kirinya tersepit pada komponen mekanikal pemerah tebu terbabit, bukannya termasuk ke dalam mata mesin berkenaan yang mengisar tebu yang ditolaknya.

Berikutan trauma, Nurul Amira enggan bercerita mengenai kejadian yang dialaminya itu apabila lebih banyak mendiamkan diri ketika ditanya mengenai insiden terbabit.

Ibu mangsa, Sulastri Weriojo, 40, berkata keluarga merasa lega melihat perubahan susulan pembedahan kelmarin apabila Nurul Amira yang juga anak bongsu daripada dua beradik itu sudah mampu menggerakkan tangan kirinya.

"Semalam Adik (nama timangan Nurul Amira) sudah selamat dibedah bagi menyambung kembali urat tangan yang terputus akibat insiden itu dan saya bersyukur semuanya berjalan lancar seperti dirancang.

"Kami tahu beliau trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya namun, saya memberi kata semangat supaya tabah menempuh dugaan hidup," katanya kepada Berita Harian yang melawat remaja itu di HSA, semalam.  

Sulastri berkata, keluarganya berterima kasih kepada doktor dan juga jururawat di HSA yang bertungkus-lumus membantu Nurul Amira selepas dipindahkan ke situ dari Hospital Kulai Jaya.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari pada Selasa minggu lalu, tangan kiri Nurul Amira separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada komponen mesin tebu ketika membantu ibunya di gerai keluarga itu di Batu 21, Jalan Kulai, Johor Bahru.

Dalam kejadian itu, Nurul Amira terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kulaijaya yang dikejarkan ke lokasi terbabit.

Monday, March 21

4 sekeluarga jadi hamba seks bomoh

"Mangsa dipukau, patuh setiap arahan suspek"


ROMPIN - Polis menahan reman seorang pengamal perubatan tradisional yang dipercayai pengamal ajaran sesat, apabila memukau dan merogol seorang ibu tunggal dan tiga anaknya di sebuah kampung dekat sini, sejak Januari lalu.


Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Johari Jahaya, berkata suspek berusia 40 tahun yang tinggal di daerah lain dipercayai memukau wanita berusia 40-an itu sehingga mangsa patuh dan taat setiap arahan lelaki terbabit.


"Suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya sebelum memberitahu mahu ke rumah mangsa untuk 'menurunkan' ilmu agama kepada tiga anak perempuan ibu tunggal berkenaan.


"Mangsa yang dipukau kemudian mengajak suspek ke rumahnya sebelum melakukan perbuatan sama terhadap tiga anak perempuan mangsa berusia 20-an dan 30-an,' katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Johari berkata, siasatan awal mendapati tiga anak perempuan mangsa yang terkena ilmu pukau lelaki terbabit dikatakan mengikut setiap arahan, termasuk melakukan hubungan seks dengan suspek.


"Di rumah ibu tunggal itu, suspek terbabit dikatakan berulang-ulang kali merogol empat beranak itu sejak Januari, ketika semua mangsa terbabit berada dalam keadaan separuh sedar.


"Siasatan turur mendapati seorang daripada anak mangsa dirogol hampir tujuh kali," katanya.


Beliau berkata, kejadian itu bagaimanapun terbongkar apabila menantu mangsa yang bekerja di Johor Bahru pulang ke rumah ibu mentuanya di sini selepas mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati isterinya sudah lama tidak pulang menemuinya.


Katanya, apabila menantu mangsa tiba di rumah itu 15 Mac lalu, didapati isterinya, ibu mentua dan ahli keluarga lain ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya sebelum berlaku pergelutan dengan suspek yang kebetulan berada di rumah mangsa.

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Beza Burung VS Kapal Terbang

Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai.


Dara: Abang sayang tak saya?   


Teruna: Tentulah sayang.... kenapa tanya?


Dara: Saje....abang, saya ada satu teka teki.


Teruna: Apa dia?


Dara: Kalau abang sayang saya, kena jawab dengan betul....


Teruna: Abang cubalah.


Dara: Kalau abang pandai, sebutkan perbezaan antara burung dengan kapal terbang?


Teruna: Senang je.... burung adalah benda hidup sedangkan kapal terbang tidak.... betul tak?


Dara: Salah.... cuba lagi.


Teruna: Burung kecil dan kapal terbang besar....


Dara: Saalaaahhhhh.... cuba lagi. Ini peluang terakhir tau.


Teruna: Burung ringan, kapal terbang berat....


Dara: Hahahahahaha....semuanya salah.


Teruna: Apa ni.... semua salah. Apa jawapannya?


Dara: Dengar betu-betul ye.... KAPAL TERBANG bila naik, makin lama makin kecil..... BURUNG pulak makin naik makin BEESAAARRRRR.... heheheheheh


Teruna: ???????



Ketawa Pengubat Segala Duka : : Jangan Tengok Perempuan Tak Pakai Baju

Budak lelaki 1: Kenapa awak takut bila tengok gambar perempuan tak pakai baju? Best ape....


Budak lelaki 2: Sebab mak saya cakap, kalau tengok perempuan tak pakai baju, kita akan bertukar jadi batu. Sekarang pun dah ada bahagian anggota badan saya yang makin mengeras!  

Sunday, March 20

'Runaway'

So easy to forget our love
The little things we do
Like callin' for no reason
Just to say the words 
"Baby, I love you"


I know latelt i've been busy
But a second doesn't go by
Without chu crossin' my mind
It's been so long since we had time


Let's take a day, and
Make everything alright
Just take my hand
Fall in love with me again


Let's runaway to the place
Where love first found us 
Let's runaway for the day 
Don't need anyone around us


When everything in love gets so complicated
It only takes a day to change it 


what I have to say can't wait
All I need is a day
So let's runaway....


Let's runaway
Just for the day
Runaway
Runaway


Girl, you've been so patient
Spendin' nights alone and not complainin'
But i'll make it up to you
And I promise today I won't keep you waitin'


Please give me this one chance
To remind you of everything we have


I won't give up 
I'm too much in love
And I want you to know that
Just take my hand
Fall in love with me again



Let's runaway to the place
Where love first found us 
Let's runaway for the day 
Don't need anyone around us

And i'll give everything in this moment
And i promise to make everyday
Just like the day 
When everything in love gets so complicated
It only takes a day to change it

What I have to say can't wait
All I need is a day 
So let's runaway....