Tuesday, April 19

Tinggalkan rumah kerana hantu jahat

HULL - Sebuah keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka di sini, Britain selepas diganggu seekor hantu yang dikenali sebagai poltergeist di Barat.


Poltergeist dianggap sebagai hantu jahat yang kerap menyebabkan objek dalam rumah berterbangan dan mencetuskan bunyi bising.


Emma Keeitch, 31 dan keluarganya meninggalkan kediaman mereka selepas terdapat perkataan move dalam bahasa Inggeris yang bermakna keluar di salah sebuah tingkap di rumah tersebut.


Dia dan kekasihnya sebelum itu diganggu oleh hantu itu seperti potret di dinding berpusing, satu kepingan papan dibaling ke dalam tong sampah, alat kawalan jauh televisyen dilempar serta katil bergerak dengan sendiri.


"Saya tidak pernah mempercayai hantu dan selalu berasa skeptikal. Namun apa yang berlaku buat kami sekeluarga adalah keterlaluan. Kami tidak boleh tinggal di sini lagi," kata Emma.


Mereka menghubungi beberapa kumpulan paranormal untuk mengusir hantu itu. 


Namun, seorang anggota kumpulan paranormal tersebut melarikan diri selepas pipinya ditampar hantu jahat itu.


Salah seorang anggota kumpulan paranormal lain, Elliot Ainley berkata: "Rumah itu pasti berhantu dan terdapat aktiviti hantu jahat. Terdapat dua roh di dalam rumah tersebut iaitu seorang ibu dan bayi.


"Roh ibu kelihatan marah, kemungkinan disebabkan cara dia mati yang menyebabkan objek-objek di dalam rumah dibaling," katanya.

Monday, April 4

Shaheizy Sam pilihan paling popular


"Raih 126,168 undi ungguli anugerah tertinggi ABPBH 2010 atasi empat calon lain"

SHAHEIZY SAM menerima trofi daripada Anthony Firdauz sambil diperhatikan oleh Meor Kamarul di Genting Highlands, malam tadi.

GENTING HIGHLANDS - Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini malam tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2010 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.

Juara program realiti Akademi Fantasia musin kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, dari stesen Hot FM. Fara Fauzana juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

ANA RAFFALI ternyata gembira dengan tiga pencalonan yang diterimanya untuk Anugerah Bintang Popular 2010.




Persembahan ala Broadway pembuka tirai ABPBH 2010      
                                                                                          

Persembahan pembukaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, puncak kegemilangannya di Arena of Stars di sini. MAlam ini amat dinantikan dengan konsep ala teater Broadway dan West End yang mampu menghangatkan lagi acara berprestij edisi ke-24 ini. 

ABPBH 2010 yang bertemakan KlasikModen turut dipancar secara langsung menerusi TV3. Pengurus Besar Persatuan Akademi Muzik Malaysia, Jennifer Thompson, berkata, lapan slot persembahan dirancang bagi mengisi kehangatan edisi terbaru ABPBH.

Thompson berkata, kejutan dan gimik persembahan akan menjadi kenyataan berdasarkan kerjasama penuh yang diberikan oleh artis-artis, pemuzik, penyampai trofi dan tenaga produksi ABPBH 2010.

"Saban tahun, selain debaran menanti pengumuman bagi setiap kategori yang dipertandingkan, segmen persembahan boleh dikatakan menjadi tunjang untuk membuat penonton terus melekat di depan kaca televisyen atau Arena of Stars.

"Malah, nadi acara ini juga diperkemaskan oleh Raja Azura, Sharifah Shahira dan Zizan yang dipertanggungjawabkan sebagai hos. Mereka bukan sahaja berdebar untuk memastikan kelangsungan acara ini, malah turut bertanding," katanya.

Persembahan pembukaan berkonsepkan ala teater Broadway dan West End yang ditangani kolaborasi Azlan & The Typewritter, Ning Baizura, Farhan dan Adira telah mampu menghangatkan  ABPBH 2010 sehingga persembahan penutup oleh penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Artis lain yang turut membuat persembahan termasuk finalis Anuar Zain, Ella, Yuna, Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2010 Zizan, Along, Angah, Johan dan Nabil, Hujan, Ana Raffali, Altimet, Sohaimi Meor Hassan dan Juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2009, Shima.

Barisan 15 pemuzik orkestra dipimpin oleh Datuk Ramli MS, manakala artis selebriti yang menyampaikan trofi pada malam anugerah ialah Anita Sarawak, Faizal Tahir, Fasha Sandha, Fizz Fairuz, Natasha Hudson, Dynas Mokhtar dan juara BIBH musim ini, Mohd Azhar Osman.


Friday, April 1

Ketawa Pengubat Segala Duka : : Patung Telanjang

Sepasang patung telanjang laki-laki dan wanita berdiri saling menghadap selama berpuluh-puluh tahun di sebuah taman tanpa dapat melakukan apa pun yang dikehendaki.


Suatu hari, datang la sang pari-pari dan dia merasa hiba dengan kedua-dua patung tersebut yang hanya boleh berdiri dan saling memandang antara satu sama lain.


Maka sang pari-pari pun menyihir mereka menjadi hidup dan mengizinkan mereka melakukan apa-apa saja yang sangat mereka inginkan.


"Bagaimana?" tanya patung laki-laki.


"Jom kita lakukan," sahut patung wanita.


Mereka pun menghilang di sebalik semak-samun, tak lama terdengarlah jeritan kecil dan suara tawa cekikian. Tetapi hal ini tidak berlangsung lama, saat kembali keluar dari semak, sang pari-pari yang hairan berkata: "Waktu kalian masih panjang, manfaatkanlah waktu kalian, tak usah terburu-buru...."


"Ini sudah bagus, waktu masih panjang lagi?"


Dengan gembira sekali mereka kembali ke semak-samun.


"Jom kita sambung balik, aku tak puas lagi nih!" kata patung laki-laki. "Sekarang giliran kau yang pegang burung merpati sialan itu, biar aku pula yang berak kepalanya."


Pengajaran: Jangan jadik macam Mr. Bean!!!!

Ketawa Pengubat Segala Duka : : 50 Sen Je Ke Pak Imam?

Suatu hari seorang budak sedang memanjat pokok rambutan berdekatan masjid... tanpa seurat benang pun....


Tiba-tiba Tok Imam yang baru habis berwirid dan berzikir keluar untuk pulang ke rumah ternampak budak tu dan memanggilnya turun....


Dia pun bertanya pada budak tu: "Nak...kenapa tak pakai baju ni???"


Budak tu menjawab: "Saya ni orang miskin pakcik, tak mampu nak beli pakaian...."


Tok Imam pun bagi RM20 suruh beli pakaian dan makanan sekali.


Budak tu pun blah dan ucap terima kasih.


Sampai di rumah dia bagitau ayahnya dia dapat RM20.


Ayahnya pun berpikir... ("Kalau anak aku RM20, kalau aku...?") ayah mendapat satu idea.


Petang esok ayahnya pulak dan ready kat pokok rambutan tu.


Seperti biasa Tok Imam pun nak pulang dari masjid dan ternampak orang tua pulak yang ada dekat atas pokok rambutan tu dengan hanya memakai kain pelikat tanpa memakai seluar dalam...


Tok Imam pun memanggil orang tua tu turun dan bagi 50sen!


Ayah budak tu tergamam dan bengang sedikit... "Kenapa saya dapat 50 sen je?"...


"Budak hari tu dapat RM20!!!... mana adil!!!"


Tok Imam pun menjawab: "Tak pe....beginilah duit tu awak guna untuk cukur ye...lebat sangat saya tengok....!!!"